Sunday, 13 December 2015

Perwakilan Tegur “kain tak jahit” Pramugari MAS



Perhimpunan Agung Umno (PAU) hari ini turut menjadi tempat luahan perwakilan Pulau Pinang, Datuk Ahmad Darus yang menyuarakan pandangannya berkenaan isu pakaian petugas-petugas perempuan dalam penerbangan MAS.

“(Pekerja) lelaki pakai dalam bentuk yang lebih sopan”.

“Tetapi perempuannya kita biarkan pakai kain tak jahit,” kata wakil Pulau Pinang Datuk Ahmad Darus memetik laporan MalaysiaKini.

Ahmad berkata jika pihak yang berkenaan memperjuangkan Islam, mereka harus menyediakan pakaian yang lebih sopan kepada petugas MAS.

“Kalau kita melihat ini (Islam) sebagai perjuangan kita, kita (pihak berkenaan perlu) sediakan bukan orang lain sediakan”.

“Bukan kita beri kebebasan kepada mereka untuk pakai ikut suka tetapi kita sediakan pattern yang sama,” katanya.

Selain dari itu, Ahmad turut mempersoalkan pemakaian pakaian sukan atlit wanita negara.

Beliau mengambil contoh pemakaian dalam sukan bola tampar dimana pemakaian atlet lelaki dilihat lebih sopan dimana memakai seluar pendek sedangkan perempuan pula berpakaian seperti seluar dalam.

“Ini cara orang putih, cara Yahudi. Tengoklah sukan lain, sama juga”.

“Sukan tenis pun sama, lelaki pakai sopan sikit, kadangkala seluar sampai ke lutut, tapi perempuan pakai apa?”

“Apakah kita nak samakan penerbangan MAS dengan apa yang dibawa Yahudi ini?” katanya.

sumber - Siakapkeli.my

Harta Mahathir di luar negara bernilai RM 1.194 Trillion?


Dengan pendedahan oleh Abdul Hamid mengenai sebab utama serangan Tun M terhadap Najib Razak adalah kerana tindakan Perdana Menteri menghentikan transaksi dana bernilai RM 1.194 Trilion untuk masuk ke Malaysia oleh bekas pendana menteri tersebut, adakah Tun M secara tidak rasminya adalah individu terkaya di dunia?

Abdul Hamid, seorang bekas pengikut Tun M mendedahkan bahawa sebab utama mantan perdana menteri tersebut melancarkan serangan terhadap Datuk Sri Najib adalah kerana kegagalan Tun M melakukan transaksi dana bernilai RM 1.194 Trilion masuk ke Malaysia. Abdul Hamid juga menambah bahawa Najib yang memegang jawatan Menteri Kewangan ketika itu bertindak untuk tidak menandatangani transaksi dana tersebut.

Pendedahan ini jika dibuktikan adalah benar, bukan sahaja mengejutkan tetapi juga akan memecahkan tiga rekod dunia!

Pertama, dengan nilai sebanyak RM 1.194 Trilion (USD 279 bilion), meletakkan Tun M sebagai individu terkaya di dunia di mana kekayaan beliau bernilai 3.5 kali ganda dari kekayaan Bill Gates iaitu individu terkaya di dunia menurut senarai Forbes tahun 2015. Bill Gates mempunyai kekayaan sebanyak USD 79.2 bilion.

Kedua, dengan dana bernilai RM 1.194 Trilion yang dimiliki, Tun M menjadi satu-satunya bekas pemimpin di dunia yang jumlah kekayaannya bersamaan dengan 4.47 kali ganda dari nilai bajet nasional negara. Jumlah pembelanjaan dalam bajet 2016 Malaysia ialah RM 267 Bilion.

Ketiga, mantan perdana menteri tersebut juga akan menjadi satu-satunya bekas pemimpin dunia yang berupaya melangsaikan keseluruhan hutang luar negara bagi negara Malaysia. Sehingga kini, hutang luar negara bagi Malaysia berjumlah RM 740.7 Bilion.

Tun M perlu menjelaskan bagaimana beliau mampu meraih kekayaan sehingga 3.5 kali ganda dari kekayaan Bill Gates, 4.47 kali ganda dari jumlah bajet negara dan 1.6 kali ganda dari jumlah hutang luar negara bagi Malaysia. Beliau juga perlu menjelaskan sumber pendapatan beliau dan juga nilai cukai yang perlu dibayar dengan jumlah nilai kekayaan yang sedemikian.

DAP Perak telah pun menfailkan laporan polis terhadap Tun Mahathir berkenaan pendedahan yang dilakukan oleh Abdul Hamid. Saya juga menyeru agar pihak MACC melakukan siasatan terhadap dana bernilai RM 1.194 Trilion yang dilakukan oleh Tun M dan seterusnya mengambil tindakan jika ianya terbukti benar.

Kenyataan dibuat oleh Setiausaha Politik bagi Pengerusi DAP Perak dan Ketua Biro Pembangunan Ekonomi DAP Perak, Chong Zhemin pada 8 Disember 2015.
 

sumber : utaranews.com/

Rakyat di bandar terpaksa catu gaji untuk hidup

Plakad yang diangkat Mohd Razlan di hadapan perwakilan pada persidangan Umno, di sini, hari ini.

KUALA LUMPUR - Perwakilan Umno Wilayah Persekutuan 'mengadu' kepada Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak soal rakyat di bandar yang terpaksa mencatu gaji diterima setiap bulan untuk meneruskan hidup. 

Ketua Pemudanya, Mohd Razlan Mohamad Rafii menyentuh soal 'bebanan' hidup di bandar itu sambil mengangkat plakad yang menunjukkan senarai perbelanjaan bulanan sebelum mengakhiri perbahasannya. 

"Saya nak tunjukkan dan saya minta kamera rakam ini. Ini merupakan kos sara hidup rakyat yang bergaji RM5,000 sebulan. RM4,000 bersih selepas ditolak KWSP dan lain-lain. "Inilah sebenarnya anak muda YB Presiden. Kita memang mencatu duit tiap-tiap bulan dalam bandar ini," katanya ketika membahaskan usul ekonomi pada Perhimpunan Agung Umno (PAU), di sini, hari ini. 

Sebelumnya, beliau juga menegur kerajaan berhubung ketirisan, kenaikan kos pengangkutan awam dan tol serta harga rumah Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) yang disifatkannya terlalu mahal. 

Menurutnya, meskipun Bajet 2016 itu menyediakan perancangan secara holistik namun tekanan kos sara hidup berpendapatan rendah di bandar masih lagi tidak ditangani dengan cara yang terbaik. 

"Warga kota dikejutkan dengan kenaikan kadar tol dalam bandar, bulan lepas. Belum lagi selesai kami menjawab dan meredakan kekhuatiran warga kota, kami dikejutkan sekali lagi dengan kenaikan tambang pengangkutan awam dalam bandar. Ini bagaikan sindrom tidak terkawal secara serius. 

"Kami mendapat banyak rungutan dari akar umbi yang merasa terbeban dengan kenaikan kos ini. Kerajaan perlu mencari mekanisme yang tersusun dan terbaik untuk mengurus selia sistem pengangkutan awam kepada kita. Sedarlah, kebergantungan rakyat kepada pengangkutan awam, amatlah tinggi," katanya. 

Katanya lagi, sudah tiba masa kerajaan mengawal selia syarikat-syarikat GLC atau GOC yang menguruskan kemudahan rakyat ini agar setiap sen yang dibelanjakan atas peruntukan sebenar dan memberi manfaat bersama. 

"Mereka ini seharusnya mengamalkan pengurusan jimat cermat, jangan bergaji terlampau besar, jangan berbelanja terlampau mewah, pejabat mewah, jangan berkereta mewah. 

"Saya minta Presiden lihat semula polisi dan tangga-tangga gaji mereka. Berikan diskaun 50% kepada pengguna pada waktu puncak untuk galakkan penggunaan," katanya. 

Menyentuh soal harga rumah PR1MA, Mohd Razlan menyarankan agar harga rumah itu dikaji semula bagi memastikan ia benar-benar mampu milik. 

"Satu formula 'cross subsidy' telah dibuat melalui pemilikan rumah di dalam KL, Putrajaya dan Labuan di bawah harga RM200,000. 

"Kita bukan buat macam PR1MA harganya RM200,000-RM500,000 kerana kita sedar kebanyakan orang Melayu ini mampunya RM200,000 ke bawah," katanya. 

Beliau turut mencadangkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan kerajaan menyediakan ruang untuk pusat jagaan kanak-kanak di KL dan Putrajaya untuk tadika berkonsepkan Islam yang tidak mahal. 

sumber : sinarharian.com.my/