Sunday, 20 December 2015

Lelaki Mengaku Dirinya Dibaiah Sebagai Imam Mahdi Buat Sidang Media di Kuala Lumpur



KUALA LUMPUR, 17 Dis – “Saya mengangkat tongkat dengan tangan kanan dan meletakkan tangan kiri didada diiringi pengikut mengangkat tangan kiri dengan telapak tangan dan jari terbuka serta meletakkan tangan kanan di dada mereka,” kata seorang warga Indonesia, Muhammad Zubir Amir Amir Abdullah di satu sidang media di Ibu Kota hari ini.

Memetik laporan dari Suara.TV, lelaki yang berasal dari Medan, Sumatera, Indonesia itu mendakwa konon dirinya telah pun dibai'ah dan diangkat oleh 11 pengikutnya sebagai Imama Mhadi ketika upacara bai'ah yang dilakukan di antara hajar aswad dan maqam Ibrahim di Mekah pada 18 Julai lalu.

Bagaimanapun, Zubir yang didakwa oleh pengikutnya sebagai Imam Mahadi telah ditahan oleh kerajaan Arab Saudi selepas upacara bai'ah sebelum dia dibebaskan 28 hari kemudian melalui proses siasatan.

Pembebasan Zubir itu dianggap satu keajaiban oleh pengikutnya kerana menurut mereka sebelum ini belum pernah seseorang yang ditangkap dapat bebas dari hukuman kerajaan Arab Saudi.

Ditanya apakah tanda-tanda dirinya adalah Imam Mahadi serta pendekatannya, Zubir berkata “tanda-tandanya adalah anak lahirkan tuan. Dimana perkara besar apabila berlaku anak-anak yang menderhaka kepada ibu bapa mereka.

Menurut Zubir lagi, dia tidak mahu mengakui dirinya sebagai Imam Mahadi namun dia seringkali mengulang-ulang satu ayat : “saat diriku menyampaikan kalam Allah s.w.t secara mutlak, jangan ditanya aku siapa”.

Beliau mendakwa hanya berdakwah untuk mengajak manusia kepada Islam hakiki dari Allah s.w.t dengan petunjuk lurus kalamullah.

Ketika ditanya tujuan mengenai kedatangannya ke Malaysia, Zubir berkata dia bersedia untuk mengadakan pertemuan dengan pemimpin agama negara bagi berdialog untuk mencapai satu titik persetujuan dimana ketua agama negara dapat menerima kedatangan ketua pemimpin Islam.

sumber - Siakapkeli.my


Maut Kena Kanser Usus Akibat Amal Memakan Makanan Sisa Yang Dipanaskan



Seorang wanita mengidap kanser usus  atau lambung akibat terlalu sering makan makanan sisa kemarin.

Berat badannya dari 60 kg turun menjadi 28 kg dalam 1 tahun. Akhirnya meninggal. Karena itulah anak gadisnya yang berusia 19 tahun dengan sangat serius mengongsikan perkara tersebut untuk memperingati semua orang supaya tidak melakukan hal yang sama lagi.

Dalam Kongsian tersebut dia berkata :

"Setiap kali kamu memanaskan sayur lauk sisa kemarin, itu akan menyebabkan nitrite bertambah. Nitrite yang terkandung di dalam makanan jika dimakan dalam jangka waktu yang lama, akan menjadikan itu sebagai racun dan menyebabkan kanser.

Semoga setiap keluarga tahu akan hal ini, jangan lagi makan makanan sisa yang di panaskan. Dalam keadaan sekarang, makanan sisa sering dianggap remeh dan masih di amalkan oleh setiap keluarga terutama keluarga golongan sederhana. Mama saya mengindap kanser lambung, kemoterapi juga sudah dijalankan 8 kali dan mengikuti program pemulihan, namun karena terlalu ganas kanser yang ada dalam tubuhnya membuat beliau meninggal.katanya.

"Dari apa yang di kongsikan oleh wanita tersebut memang benar  Dalam segi Pemakanan sihat memang ada tertulis makanan sisa yang di panaskan akan mengahasilkan racun dan membuat usus akan sakit.

Contoh beberapa makanan yang terdedah dalam perkara tersebut adalah,cendawan,saledri,sayur bayam,telor,ayam,kentang,ini adalah antara yang paling terdedah,sayur lain juga sama namun sayur yang di tulis mempunyai risiko yang lebih tinggi.

Pandangan Pakar Perubatan Gastroenterologi, Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Aminuddin Ahmad.

Amalan pemakanan yang sihat penting dalam menentukan tahap kesihatan seseorang.bagi kebanyakan penyakit tentu amalan pemakanan mempunyai kaitan rapat dengan penyakit yang di hadapi.

kemungkinan sejenis bahan kimia yang dikenali sebagai N-nitrosa (NNitrosa compound) yang terhasil daripada makanan yang mengandungi nitrat yang diubah (selepas di panaskan)  menjadi nitrit mungkin boleh menyebabkan kanser usus berlaku.

pesakit kanser usus atau lambung akan mengalami:

  • Pendarahan
  • Muntah darah
  • Berak darah
  • Tersumbat kawasan perut
  • Kebocoran perut
  • Anemia (kurang darah)
  • Kurang berat badan (jadi kurus)
  • Selepas pembedahan
  • Bahagian perut yang telah dibuang mengakibatkan cirit-birit kerana kurang
    penghadaman makanan
  • Kurangnya zat makanan

Makan ikut cara islam

Makan ikut cara islam jika ingin selamat, cara rasylulullah makan, letakan secubit garam didalam mulut kemam kemudian makan, makan buah sebelum makan nasi, jilat kesemua jari sebab ada enzim, jangan masukan garam jika makanan masih mendidih atau tersangat panas, masukan garam setelah makanan sejuk atau suam, garam boleh menjadi racun jika dimasak atau dimasukan ketika air masih sangat panas.

sumber : eberita.org/

Suka Beli-Belah Online? Awas Dengan Teknik Penipuan Terbaru Ini


Semakin hari, semakin banyak tersebar kisah-kisah penipuan online disifatkan sangat licik dan kompleks.

Cara penipuan ini disifatkan sangat kompleks kerana ia melibatkan "kambing hitam" atau kami panggil "penipuan tiga hala" supaya si penipu sukar dikesan. 

Selain licik, teknik ini juga sangat licik dimana pelbagai cara digunakan oleh penipu untuk mengorek duit daripada mangsa. 

Tekniknya begini :

Penipu akan mencari seorang "kambing hitam" yang juga seorang peniaga online dan berpura-pura mahu membeli barang dari peniaga tersebut. Matlamat penipu cuma mahukan butiran akaun bank peniaga tersebut.

Kemudian, penipu itu akan berpura-pura menjual barang online dengan pelbagai teknik untuk mencari mangsa. Sekiranya jerat mengena, mangsa dikehendaki melakukan pembayaran kepada akaun "kambing hitam" tersebut. 

Setelah pembayaran dibuat oleh mangsa, penipu akan menghubungi "kambing hitamnya" dan cuba untuk mengorek keluar wang yang dimasukkan tadi. Antara alasan yang digunakan adalah seperti :
  • Terlebih memasukkan wang
  • Tersalah akaun
  • Nak batalkan pembelian
Dan penipu ini mungkin pergi bersemuka sendiri dengan kambing hitamnya untuk mengambil duit tersebut supaya jejaknya selepas ini tidak dapat dikesan.

Malah yang lebih teruk, ada juga menggunakan teknik yang sama untuk menggunakan kesemua duit yang dimasukkan oleh mangsa untuk membeli barangan untuk keperluannya sendiri dari "kambing hitamnya".
Itu lah modus operandi teknik ini. Namun caranya mungkin sedikit berbeza kerana teknik ini boleh 'berkembang' bergantung kepada kepintaran si penipu.
Antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan dari menjadi mangsa penipuan sebegini adalah :

Untuk pembeli mengelak dari menjadi mangsa
  • Lakukan pembelian secara COD.
  • Gunakan aplikasi atas talian yang tidak membenarkan peniaga mengambil duit secara terus daripada pembeli. Seperti contoh : Lazada, Shoppe & Alibaba.
  • Beli di kedai yang berdaftar sahaja.
  • Lihat reviu dan rating dari pengguna lain.
sumber - Siakapkeli.my