Sunday, 28 February 2016

Gadis Remaja Buat "Projek" Dengan Ayah Kandung


Seorang remaja yang mendakwa dirogol oleh lima remaja lelaki ketika bersiar bersama bapanya mengaku dia sebenarnya melakukan hubungan seks secara rela dengan bapanya, awal Januari lalu.

Gadis yang identitinya tidak didedahkan mendakwa dia bersama bapanya yang berusia 39 tahun berada di taman berkenaan untuk minum pada jam 9 malam pada 7 Januari apabila didatangai sekumpulan remaja berkenaan.

Dia berkata, kumpulan remaja berkenaan menyuruh bapanya meninggalkan mereka sebelum bertindak merogolnya.

Ekoran dakwaan itu, Denzel Murray, 14, Shaquell Cooper, Ethan Phillip, masing-masing berusia 15 tahun dan Onandi Brown serta Travis Beckford berusia 17 tahun didakwa.

Dakwaan tersebut kini digugurkan selepas gadis tersebut mengaku mengadakan hubungan seks secara rela dengan mereka dan bapanya.

Peguam daerah Brooklyn, Ken Thompson berkata, pengadu serta bapanya membuat kenyataan yang tidak konsisten kepada pasukan penyiasat.

“Pengadu telah menarik balik dakwaan serangan seksual dan penggunaan senjata api dan tidak akan meneruskan sebarang dakwaan jenayah terhadap mana-mana defendan,” katanya dipetik Metro.uk

Pada mulanya, gadis berkenaan memberitahu penyiasat bahawa apabila bapanya kembali semula ke tempat kejadian dan melemparkan botol pada mereka, salah seorang daripada mereka mengacukan pistol dan mengarahkan dia pergi.

Ketua Polis Robert Boyce berkata pada masa itu, gadis berkenaan memberi laporan yang sangat boleh dipercayai, sambil menambah dia mengalami kecederaan fizikal pada masa itu dan trauma.

Bapanya menahan dua pegawai polis yang berada disitu dan memberitahu dia takut anak perempuanya akan dibunuh dan ‘histeria’.

Gadis itu turut mendakwa dia mempunyai gangguan bipolar dan gangguan tekanan serta trauma, tetapi tidak mengambil sebarang ubat.

Selepas suspek didakwa, dua daripada mereka memberitahu penyiasat mereka percaya perhubungan seksual adalah diatas persetujuan,” kata polis

Mereka mendakwa gadis itu telah mengadakan hubungan seks dengan seorang lelaki itu yang ternyata adalah bapanya, di taman sebelum dia beredar dari tempat kejadian, meninggalkan anaknya bersendirian dengan kumpulan remaja berkenaan.

Salah seorang dari remaja berkenaan mendakwa meminta kebenaran bapa gadis berkenaan untuk melakukan hubungan seksual.

Sementara itu, Thompson berkata, dia kini berharap gadis itu akan ‘mendapat semua sokongan yang diperlukannya untuk masa hadapan. - http://eberita.org/

Wanita Ditemui Mati, Dipercayai Dibunuh Suami


IPOH – Seorang wanita ditemui mati di ruang tamu rumahnya di Ladang Sengat, Simpang Pulai di sini hari ini, dipercayai dibunuh suaminya.

Mangsa S. Durga Devi, 17, ditemui dalam keadaan terbaring dan terdapat kesan kecederaan di muka seperti ditumbuk.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata polis dimaklumkan mengenai kejadian itu pada kira-kira pukul 7.30 pagi, daripada orang awam yang terdengar pergaduhan di rumah mangsa.

“Jiran memberitahu ada dengar pergaduhan berlaku di rumah mangsa sejak tengah malam tadi sehingga sekitar pukul 5 pagi.

“Pergaduhan itu dipercayai disebabkan masalah rumah tangga. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian hari ini.

Beliau berkata suami mangsa berumur 27 tahun yang bekerja sebagai buruh ditahan di tempat kejadian untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan tiada sebarang senjata dirampas.

Mengenai kesan darah yang ditemui di luar rumah itu, Sum berkata ia akan dihantar ke Unit Forensik untuk mengenal pasti sama ada ia milik mangsa atau suaminya.

Sum berkata pasangan yang hanya tinggal berdua di rumah milik bapa si suami itu telah berkahwin selama setahun dan tidak mempunyai anak. – BERNAMA/mynewshub.cc/


Pekerja Bangla Dedah Taktik Penipuan Cashier Di Kaunter


Sekitar pukul 6.45 petang, saya berhajat mengisi minyak kereta di situ selepas selesai servis kereta untuk balik kampung.


Selepas parkir di pam, saya pergilah buat pembayaran kat cashier. Pada masa itu ada dua orang cashier perempuan. Seorang berkulit cerah dan seorang lagi berkulit agak gelap sedikit. Saya nak isi minyak RM60, jadi saya hulurlah sekeping RM50 dan sekeping RM10 pada cashier yang berkulit gelap sedikit tersebut.

Kemudian, datang seorang pekerja Bangladesh pakai kopiah tolong pam minyak kat kereta saya. Sambil tunggu minyak siap di pam, saya duduk tepi kereta tengok meter pam itu naik dan tiba-tiba berhenti di jumlah RM50. Saya hairan, terus tanya pekerja Bangladesh itu kenapa RM50 je.

Lelaki Bangladesh itu tanya, “abang bagi kat cashier yang mana?”. Terus saya tunjuk kepada juruwang perempuan yang berkulit gelap sikit itu tadi.

“Owh, itu perempuan tara guna punya melayu. Suka curi duit orang. Orang bagi RM30, dia tekan RM20 dan lagi RM10 dia sapu kalau driver tak perasan.

“Hari-hari banyak kali jadi ini macam abang. Ada customer perasan salah nombor macam abang, terus bagitau. Kalau jenis yang tak perasan, duduk dalam kereta, siap pam dan terus pergi, duit itu masuk dia punya poketlah.

“Saya pun islam, tapi saya tak suka makan duit orang. 1 sen pun itu duit orang tapi ini perempuan melayu la, kata islam tapi selalu makan duit orang.

Terkedu.. saya terus bertanya, “tak ada orang report ke kat bos you ke?”

Jawabnya, “bos ada di lagi 1 stesen pam. Sini jarang-jarang bos datang. Susah orang mau report. Ramai yang marah-marah, tetapi lepas dia masuk semula yang tak cukup itu, driver tu diam saja”

Selepas mendengar cerita lelaki itu, saya terus pergi ke cashier semula dan memaklumkan pada dia pam minyak tak cukup RM10 .

Perempuan itu dengan selambanya, “Sorry silap tekan”.

Sekiranya dilihat pada gaya dan lenggok dia bercakap, saya perasan yang dia pada awal sememangnya tahu yang saya bagi RM60. Namun, dia masih nak cilok duit saya RM10 jikalau saya tak perasan.

“Dah lama buat kerja HARAM macam ni? Bentak ku..

“Sorry bang, saya silap tekan tadi,” jawabnya.

Nasib baik saya perasan, kalau tak pastinya perempuan tu dah curi duit saya. Entah berapa ramai yang telah menjadi mangsa pekerja yang tidak bertanggungjawab ini.

“Nasib baik saya perasan, berapa ramai yang dah jadi mangsa kau?

Aku gertak untuk laporkan kejadian ini pada pihak berkuasa namun terbantut bilamana dia mula meminta maaf.

“Bukan minta maaf kat saya, awak patut minta maaf pada orang yang dah jadi mangsa awak.”

Dia terus senyap dan saya terus blah sebab nak mengejar masa, nak ambil anak lagi di rumah pengasuh.

Nasib baiklah saya ni jenis yang duduk tepi kereta tengok meter pam setiap kali isi minyak. Kalau jenis yang suka duduk dalam kereta, sukalah perempuan tu curi duit orang. Entah berapa ramai yang dah jadi mangsa dia.

Jadi, untuk peringatan kepada para pembaca di laman ini, hati-hati bila isi minyak tak kira di mana-mana stesen minyak sekali pun. Pencuri boleh ada di mana-mana. - bahulupedas.com/