Saturday, 22 February 2014

BR1M masuk awal, rakyat suka hati


SHAH ALAM - Walaupun Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 telah diumumkan akan diterima mulai esok, namun rata-rata pemohon telah menerimanya sejak semalam lagi.

Kebanyakan pemohon dan yang telah menerima BR1M 3.0 turut berkongsi berita gembira itu di laman media sosial.

Seorang pemilik Facebook, Pakcu Sofi turut berkongsi berita itu bersama rakan di laman sosial tersebut.

"BR1M telah masuk, boleh bayar cukai jalan.

"Saya telah dengar BR1M masuk, jadi saya cuba semak akaun bank saya.

"Saya semak hari ini, saya agak terkejut ada jumlah RM300 dalam akaun saya," tulisnya.

Bantuan berkenaan dimasukkan ke akaun miliknya semalam.

Selain itu, seorang lagi pemilik akaun Facebook, Azlan InThe House turut menyatakan bantuan kerajaan itu telah diterimanya.

"Alhamdulillah, saya sudah dapat duit BR1M. Terima kasih kerajaan Malaysia.

"Harap dapat lagi tahun-tahun mendatang," katanya.

Seorang lagi pemilik akaun Facebook menggunakan nama King Jason turut berkongsi telah menerima bantuan BR1M semalam.

"BR1M sudah masuk. Jimat cermat ya," tulisnya.

Sebelum ini, media melaporkan BRIM 3.0 peringkat nasional akan dilancarkan pada 22 Februari ini manakala pengagihan bagi peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri pula diadakan pada 23 Februari, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana menteri berkata pemberian bantuan adalah seperti yang dijanjikan dalam manifesto BN yang mana jumlah BR1M dinaikkan dari semasa ke semasa dalam tempoh lima tahun sehingga mencapai RM1,200.

"Pemberian BR1M ini juga akan diagihkan kepada golongan bujang. Kalau gula naik 34 sen banyak mana kita pakai gula sebulan, habis banyak dua kilogram cuma 68 sen. Yang kita nak beri ini melalui BR1M, bantuan persekolahan dan buku baucar jauh lebih besar daripada itu," katanya.

sumber dipetik dari:-http://www.sinarharian.com.my/

Hampir 6 juta terima BR1M esok

KUALA LUMPUR - Dengan matlamat meringankan kos sara hidup rakyat berpendapatan rendah, kerajaan akan menyerahkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada hampir enam juta penerima yang telah berdaftar setakat ini.   

Sumber-sumber berkata, pemberian itu melibatkan perbelanjaan kira-kira RM3 bilion.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual merasmikan majlis pelancaran penyerahan BR1M 2014 peringkat kebangsaan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki di sini esok.

Pemberian BR1M kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah dinaikkan daripada RM500 kepada RM650 manakala individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, nilai bantuan juga dinaikkan daripada RM250 kepada RM300.

Buat pertama kalinya BR1M diperluaskan kepada isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 dengan nilai bantuan sebanyak RM450.

Sumber itu berkata bantuan mampu diberikan kepada rakyat hasil langkah-langkah kerajaan membangunkan ekonomi negara ke arah landasan yang kukuh.

Jumlah penerima BR1M pada 2012 adalah lebih empat juta orang melibatkan perbelanjaan lebih RM2 bilion manakala pada tahun 2013 seramai hampir tujuh juta penerima dengan perbelanjaan hampir RM3 bilion.

Menurut sumber itu lagi, langkah-langkah kerajaan itu terbukti berkesan daripada beberapa petunjuk ekonomi yang dicatat pada tahun lepas (2013) seperti pelaburan swasta sebanyak lebih RM1 bilion, yang merupakan tertinggi sejak lima rahun, selain jumlah pelaburan asing langsung (FDI) berjumlah RM38.7 bilion.

Petunjuk lain termasuk pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 4.7 peratus pada 2013 manakala Malaysia juga mencatat kadar inflasi rendah sebanyak 2.1 peratus pada 2013, manakala FDI pada 2013 berjumlah RM38.7 bilion, yang tertinggi dalam tempoh lima tahun.

Menurutnya, defisit fiskal pula menurun daripada 6.7 peratus pada 2009 kepada 3.9 peratus pada 2013 manakala kadarnya bagi tahun ini disasarkan 4 peratus.

Bagi tahun 2014, kerajaan memperuntukkan kira-kira RM40 bilion untuk pelbagai subsidi termasuk lebih RM20 bilion untuk subsidi barangan asas seperti petrol, gas LPG, minyak masak, diesel, tepung gandum, dan beras manakala bantuan persekolahan pula berjumlah lebih RM10 bilion.

Menurutnya petunjuk-petunjuk itu menunjukkan ekonomi negara berada pada landasan yang betul dan langkah-langkah transformasi ekonomi yang dilaksanakan memberi impak.

Selain golongan berpendapatan rendah, golongan pertengahan juga banyak mendapat manfaat daripadanya. - Bernama

Friday, 21 February 2014

Gambar Azhar Wahab Mewah & Kaya-Raya Atas Penindasan Kanak-Kanak Kutip Derma Pusat Tahfiz Amal!


Gambar Azhar Wahab Mewah & Kaya-Raya : Betulllah manusia cepat berubah dan gelap mata apabila berdepan dengan dugaan wang ringgit atas nama kemewahan. Berapa ramai yang “tumbang menyembah Bumi” kerana tidak mampu berdepan dugaan seperti ini sehingga sanggup melakukan apa sahaja asalkan impian dan hasratnya tercapai, waima mempergunakan kanak-kanak sekalipun.

Jikalau sebelum ini, Berita Semasa ada kongsikan (SEPERTI DI SINI) kalangan pekerja-pekerjanya yang terdiri daripada kanak-kanak kecil bekerja-keras siang dan malam bagi mencapai…KPI yang telah disasarkan oleh pengetua Tahfiz Amal Kedah ini, Azhar Wahab.

Selepas ini kalangan pembaca Berita Semasa boleh lihat dan nilaikan sendiri gambar-gambar kemewahan SM Amin @ nama sebenarnya Azhar Wahab yang hidup mewah dengan hasil penghambaan kanak-kanak menjual produknya di stesen minyak, kedai makan, RNR, sekitar bank dan pendek kata mereka ini ada dimana-mana sahaja sehingga berlarutan ke larut malam.

Koleksi Gambar Azhar Wahab Hidup Mewah


Dan, Berita Semasa dimaklumkan Kerajaan Negeri Kedah telah pun mengarahkan Pusat Tahfiz Amal, Kedah ini di bawah pengasas Azhar Wahab ini ditutup .

Bermaknanya di sini, jika selepas ini anda masih lagi didekati dan dikunjungi kalangan yang meminta derma atas nama Pusat Tahfiz Amal, Kedah ini (pengasasnya Azhar Wahab), hentikan menghulur! Cukuplah sekadar anda membelikan makanan dan minuman untuk mereka.

Tatkala kanak-kanak bawah umur dipaksa memasarkan produknya & menjual agama untuk kutip derma, Azhar Wahab dengan sewenang-wenangnya hidup dengan hasil kekayaan haram itu.

P/S : Jadi, adalah wajar masyarakat sebarkan maklumat penipuan ini supaya menjadi pengajaran kepada yang lain dan hentikan memberi derma kepada manusia kaki joli ini dnegan harapan tiada lagi jelmaan “Azhar Wahab @ SM Amin” yang seterusnya selepas ini.

sumber dipetik dari:-http://www.beritasemasa.com.my/