Wednesday, 9 September 2015

Kenaikan Kadar Faedah OPR Malaysia BNM 3.5 Jumaat Ini dan 3.75 Januari 2016?


OPR Malaysia 2015

Nampaknya kejatuhan ringgit Malaysia tidak henti-henti mencipta rekod baru dan terbaru kejatuhan nilai ringgit Malaysia hari ini berada pada paras yang rendah iaitu RM4.34 bersamaan 1 dolar Amerika sekaligus mencatatkan kejatuhan nilai ringgit untuk 11 minggu berturut-turut dan ia dicatatkan pakar ekonomi sebagai kejatuhan berterusan paling lama sejak tahun 1993. Sampai bila?

Kita flashback semula kejatuhan ringgit Malaysia sejak satu tahun yang lalu :
  1. Jangkaan suku kedua tahun 2016 : JP Morgon jangka ringgit Malaysia akan berada pada paras serendah RM4.70
  2. 8 September 2015 : RM4.34
  3. 3 bulan lalu : RM3.71
  4. 12 bulan lalu : RM3.17
Dan pada hari Jummat, BNM akan umumkan keputusan dan pendirian mereka pada hari Jumaat ini mengenai kadar faedah di Malaysia (OPR Malaysia). Dan mengejutkan daripada 19 kalangan pakar ekonomi yang ditemuramah masing-masing mengatakan tidak akan berlaku kenaikan opr rate Malaysia dalam waktu terdekat ini iaitu masih pada mata 3.25, hanya seorang yang tampil “berani” memberikan jangkaan hasil kajiannya yang mana :
  • Sian Fenner merupakan ahli ekonomi dari Oxford Economic
  • Sian Fenner menjangkakan Bank Negara Malaysia BNM akan umumkan kadar faedah OPR sehingga mata 3.75 peratus menjelang tahun 2016
  • Dan pada hari Jumaat ini, beliau jangka BNM akan naik mata kepada 3.5
Tetapi persoalannya apa indikator dan faktor sehingga Sian Fenner berani memberikan jangkaannya OPR Malaysia naik sebegitu rupa? Katanya….
  1. Dengan pengumuman kenaikan kadar faedah OPR Malaysia naik sahaja yang boleh memperbetulkan nilai ringgit Malaysia sekarang yang terus menjunam ke bawah
  2. Dan dalam pada masa yang sama rizab antarabangsa BNM telah menyusut teruk sekarang ini
  3. Kenyataan Tan Sri Dr Akhtar Aziz yang mahukan menyusun semula rizab antarabangsa bank negara menguatkan lagi kajiannya yang amna pada ketika ini ia telah hanya tinggal US$94.7 bilion sahaja
  4. Ekonomi Malaysia sekarang pada ketika perlahan
  5. Aliran keluar modal dari Malaysia yang begitu banyak iaitu sejumlah RM16.4 bilion (Sumber : BIMB)
  6. Jadi Bank Negara tiada banyak pilihan, kata Sian Fenner
 sumber : beritasemasa.com.my

Tuesday, 8 September 2015

Modenas CT115S lebih sporty



Oleh Erywan Norshal

Kuala Lumpur: Motosikal Dan Enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas) memperkenalkan motosikal moped terbaru menerusi Modenas CT115S di sini, hari ini.

Mengambil kira pandangan dan kehendak pengguna, Modenas CT115S tampil dengan lebih sporty serta bergaya.

Ia menggunakan enjin empat lejang bersesaran 115 cc dengan kapasiti tangki petrol 4.8 liter.
Modenas CT115S turut dilengkapi dengan soket pengecas elektronik.

Ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu merah dan biru, selain dijual kira-kira RM5,000.

Sumber : hmetro.com.my

RM28 bilion dana awam di belanjakan untuk sara imigran

AFP - SEBILANGAN imigran menunggu untuk pemeriksaan kesihatan di luar sebuah stesen kereta api di bandar Eisenhuettenstadt, timur Jerman semalam.

BERLIN – Jerman akan menggunakan tambahan dana awam berjumlah 6 bilion Euro (RM28 bilion) pada tahun hadapan bagi menyara beratus-ratus ribu imigran yang masuk ke negara berkenaan, kata gabungan parti pemerintah semalam.

“Kerajaan persekutuan akan meningkatkan bajet 2016 sebanyak 3 bilion Euro (RM14 bilion) bagi menangani situasi pelarian dan pencari suaka, manakala 3 bilion Euro lagi akan disalurkan oleh kerajaan tempatan,” kata Parti CDU dan Parti Sosial Demokrat SPD dalam satu kenyataan bersama kelmarin.

Jerman dijangka menerima seramai 800,000 imigran pada tahun ini.

“Sejak beberapa minggu lalu, Jerman menjadi destinasi sebilangan besar pelarian dari rantau Arab dan Afrika Utara yang mencari perlindungan daripada perang dan penindasan,” kata kenyataan itu.

Pada masa sama, kerajaan Jerman memuji gelombang perpaduan yang ditunjukkan rakyatnya yang bersimpati dengan nasib imigran tersebut.

Jerman mengambil bilangan pelarian terbesar dalam kalangan negara Kesatuan Eropah yang kini dilanda krisis imigran paling teruk sejak Perang Dunia Kedua.

Jumlah keseluruhan imigran di negara itu dijangka mencecah 800,000 orang pada tahun ini, empat kali ganda lebih besar berbanding 2014 dan melibatkan kos 10 bilion Euro (RM48 bilion) kepada negara. Pada minggu ini sahaja, kira-kira 17,000 imigran dijangka menyeberang masuk ke negeri Bavaria, kata polis persekutuan. – AFP

sumber : kosmo.com.my/