Saturday, 19 December 2015

Berita Terkini WSJ : 1MDB Masuk Duit RM3.7 Bilion atau US$850 Juta Ke Akaun Ala-ala Syarikat Pak Arab? Respon 1MDB?


Berita Semasa pasti dan yakin, tidak ramai yang ambil peduli dengan Berita Terkini ini yang bukan sahaja mengegarkan Malaysia malahan dunia semalam selain daripada pengumuman kenaikan Federal Reserve.
Masakan tidak berita terkini 1MDB telah keluar sekali lagi di portal perniagaan terkemuka di dunia Wall Street Journal WSJ. 

Wall Street Journal telah campak satu lagi “bom jangka” melibatkan isu yang telah melilit skandal 1MDB yang belum nampak berpenghujung untuk dijawab. Kelihatan Wall Street Journal tidak gentar dengan amaran saman yang akan, akan, akan…. dikemukakan kepada mereka. 

Malah Wall Street Journal telah tambah satu lagi dakwaan yang mengatakan 1MDB telah masuk sejumlah US$850 juta ke dalam satu akaun yang ala-ala syarikat Pak Arab. Ermmm….. 

Ok Baik, Berita Semasa ingin ringkiskan di sini apa yang terjadi disebalik dakwaan laporan berita terkini Wall Street Journal WSJ mengenai 1MDB ini :

Ringkasan Laporan Berita Terkini WSJ Mengenai Tindakan 1MDB VS Respon 1MDB?

  1. Berdasarkan laporan berita Wall Street Journal, WSJ mengatakan yang syarikat 1MDB telah masuk duit RM3.7 bilion atau US$850 juta ke dalam akaun nama seakan-akan nama syarikat Pak Arab.
  2. Bertambah pelik lagi, syarikat Arab tersebut menafikan yang mereka tidak ada mengena dalam hal ini.Errrmmm…..
  3. Manakala 1MDB pula mengatakan yang mereka sememnganya ada hubungan pernigaan yang erat dengan syarikat Pak Arab
Dan persoalan yang bermain di fikiran Berita Semasa sekarang ini, jikalau bukan pak arab punya, siapa pula gerangan empunya akaun itu? 

Entahlah, tiba-tiba terdetik di fikiran Berita Semasa yang sebenarnya Wall Street Journal WSJ tahu, tetapi masih disimpan lagi. 

P/S : Berita Semasa harap 1MDB segera saman Wall Street Journal. Mungkin boleh memilih hari lain, disebabkan Datuk Seri Najib sudah memilih hari Selasa untuk saman dakwaan RM2.6 bilion sebelum ini, walaupun ianya masih tergantung tindakan mereka sekarang ini. 

PP/S : Nampaknya Wall Street Journal telah campakkan satu homework baru untuk 1MDB dan yang lain-lain untuk mempertahankan dakwaan WSJ dengan jawapan yang lebih bernas dan berasas. Bukan asal jawab sahaja. 

sumber : beritasemasa.com.my/


Friday, 18 December 2015

(Gambar) Tanpa Protokol, Cara Sultan Johor Dapat Pujian Rakyat



Muar, 18 Dis: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini mencemar duli bersantap di Restoran Ansari disini pada pagi tadi.

Tanpa sebarang protokol, Sultan Ibrahim masuk ke dalam restoran tersebut lalu memesan roti canai.Difahamkan, restoran itu adalah restoran kegemaran baginda.

Gambar-gambar baginda di restoran tersebut turut dimuat naik di laman Facebook rasmi baginda dengan kapsyen :

Salam Jumaat
Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan of Johor, having a meal at Restoran Ansari in Muar, Johor Darul Ta'zim.
Salam Jumaat
Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor, sedang bersantap di Restoran Ansari di Muar, Johor Darul Ta'zim.

Di ruang komen media sosial, orang ramai memuji sifat Sultan Ibrahim yang disifatkan berjiwa rakyat.

"Salam Jumaat Tuanku. Walaupun saya bukan rakyat negeri Johor, tetapi saya selalu mengikuti perkembangan Tuanku sekeluarga. Terasa bangga mempunyai seorang Sultan seperti Tuanku. Keperibadian Tuanku benar2 sy kagumi. Bulan depan plan nak g Johor. Harap2 lah dpt terserempak dengan Tuanku di mana2.", tulis pengguna Facebook, Azira Fadzil.

"Tuanku mmg the best sultan in malaysia.. lihat dr sikap n sifat bsahaja tuanku,buatkn sy teringin jd rakyat johor sbb mpunyai sultan bjiwa rkyt.. phm ksusahn hdup rkyt.. semoga tuanku dn tuanku permaisuri dberikn kshatn bpjgn.. daulat tuanku.." tulis Fazidah Husin.

"Lepas tengok foto-foto ini terasa nak makan roti canai. Haha!! Terbaik Sultan Johor.", tulis Wilson Lee pula.

Seorang pengguna Facebook yang berkata dirinya berasal dari Sabah pula berkata dia kagum dengan sifat Sultan Ibrahim.

"aiii sultan johor makan d restoran biasa dgn hidangan biasa serta berpakaian biasa...sya dr sabah sya sangat kagum dgn gaya hidup sultan ni..smoga panjang umur tuanku..", tulisnya. 

sumber : siakapkeli.my/


Gaji Bulanan Peminjam PTPTN Kena ‘Sapu Bersih’ Bulan Ni? RM0.00



Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) didakwa telah melakukan pemotongan gaji untuk melunaskan bayaran pinjaman pelajaran secara berlebihan, sehinggakan akaun bank seorang pekarja kerajaan Cuma tinggal baki sifar selepas potongan dibuat. 

Menerusi sebuah gambar yang kini tersebar, ramai terkejut besar melihat jumlah yang besar iaitu RM3,511 direkodkan telah dipotong daripada gaji pekerja terbabit. 

Akibatnya gaji bersih RM3,500 yang sepatutnya diterima habis licin ‘disapu’ PTPTN. Peminjam terbabit dikatakan memang tidak pernah membayar kepada PTPTN sebelum ini namun potongan gaji dalam jumlah sebegitu besar telah membuatkannya ‘kusut’ kerana tidak mempunyai wang yang tinggal untuk dibelanjakan. 

Carian kami di Internet mendapati, kes potongan gaji secara ‘automatik’ ini sebenarnya telah pun dikuatkuasakan sejak September 2015. 

Bagaimana pun potongan ini hanya dikenakan kepada peminjam yang ingkar membuat bayaran dalam tempoh 6 bulan dan mencapai tahap gaji minimun. 

Sebelum peminjam dikenakan potongan gaji secara automatik ini, pihak pengurusan PTPTN terlebih dahulu akan mengkaji latar belakang kewangan peminjam tersebut dan memutuskan jumlah yang sesuai supaya ia tidak membebankan, sehinggalah selesai pembayaran balik dibuat. 

Namun apa yang menghairankan, sekiranya pihak PTPTN terlebih dahulu mengkaji latar belakang peminjam, mengapakah terjadi perkara seperti ini yang membuatkan si peminjam seakan ‘muflis’ seketika. 

Apa-apa pun kami sarankan semua peminjam PTPTN sentiasa sedar bahawa pinjaman pendidikan yang diterima mereka dikenakan kadar faedah paling rendah dan ianya bukanlah satu bentuk biasiswa yang tidak perlu dibayar semula. 


sumber : mynewshub.cc/ Oleh: Ieamyrul Haziq Ehsan