Wednesday, 30 December 2015

Salahkah Pertahankan Diri? Hero Mungkin Bakal Ke Tali Gantung


Jika pada tahun 2010 lalu masyarakat digemparkan dengan kes Kalaichelvi, dimana beliau telah dijatuhkan hukuman penjara selama dua tahun kerana membunuh tanpa niat apabila telah memukul seorang lelaki yang cuba merogolnya sehingga mati.

Kes berkenaan ternyata mengundang simpati banyak pihak kerana ada antara mereka menganggap hukuman itu adalah tidak wajar kerana dia cuba mempertahankan dirinya.

Terbaru, satu kes yang menjadi bualan netizen yang membuatkan mereka tertanya-tanya adakah peristiwa lama berulang kembali?

Dua minggu lalu berlaku di Terengganu, seorang lelaki bernama Zulkifli yang tinggal di sebuah kampung bernama Labuhan di daerah Kerteh dilaporkan telah menikam mati seorang perompak yang merompak rumahnya sendiri untuk mempertahankan diri dan melindungi keluarganya.

Tahukah anda, Zulkifli telah ditahan reman selama 14 hari dan disiasat bawah siasatan seksyen 302 Kanun Keseksaan, kemudian ditukar pada 304 membunuh tanpa niat beliau dan dibenar ikat jamin sebanyak RM15,000.

Pada 27 November lalu, berita yang kami petik dari Facebook Selamatkan Zulkifli  memberitahu bahawa mahkamah telah memutuskan Encik Zulkifli ditahan semula dengan dua pertuduhan bagi kes tersebut.

Berdasarkan makluman di page berkenaan, Ahad lalu keluarga nyata terkejut apabila kes Zulkifli telah kembali disebut di bawah 302 dan juga 326 di mana dibawah 302 membolehkan pesalah ditahan semula tanpa ikat jamin sedangkan RM15.000 telah dibayar sebelum ini sebagai ikat jamin selepas kes bertukar ke 304.

Dibawah seksyen 302 Kanun Keseksaan, jika disabitkan kesalahan boleh membawa kepada hukuman gantung sampai mati, manakala tuduhan kedua pula di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan jika disabitkan kesalahan. Encik Zulkifli juga tidak dibenarkan untuk diikat jamin.


Memetik laporan The Malaysian Insider, Zulkifli berumur 50 tahun dimana beliau mempunyai 3 anak dan anak keduanya pula yang berumur 8 tahun menghidap autisme sedang melalui proses rawatan.

Sehingga kini pertuturannya tidak jelas dan keluarga ini tidak mampu mendapatkan rawatan berkala buat anak ini kerana hospital yang menyediakan rawatan fisioterapi autisme terletak 120 kilometer dari rumah mereka.

Beliau juga dilaporkan adalah seorang yang tidak berada dimana rumah mereka amat kecil dan hanya memerlukan tidak sampai 10 langkah sudah sampai ke pintu belakang.

Namun ia tidak menghalang keluarga ini untuk hidup bahagia dengan mengamalkan kehidupan bergama.

Namun kini penghalang untuk kehidupan keluarga bahagia ini ialah ketua keluarga mereka, Zulkifli ditahan dalam lokap berpanjangan dan dianggap penjenayah.

Menurut isteri Zulkifli, Puan Zaimah, beliau kini tidak mampu untuk berniaga sarapan pagi seperti kebiasaan kerana terganggu dengan kes ini yang menyebabkan ekonomi keluarga terjejas selain ada segelintir mulut jahat yang menghina suaminya sebagai pembunuh membuatkan beliau lebih selesa berkurung bersama 3 anaknya dalam rumah sempit itu.

Cerita Zulkifli mengenai waktu kejadian kepada wakil Parti Sosialis Malaysia yang kami petik dari The Malaysian Insider, rupanya rumah Zulkifli dan masyarakat sekitar kerap dimasuki pencuri dan perompak dari kalangan penagih dadah. Malah ketika reman berlangsung beberapa kabel eletrik rumah ini dicuri pencuri lain.

Disebabkan itu mereka sangat berwaspada andai kelihatan orang mencurigakan mendekati kawasan rumah mereka. Ketika hari kejadian Zaimah melihat ada dua orang lelaki menaiki sebuah motorsikal dalam keadaan mencurigakan melalui jalan menuju ke rumah mereka. Ketika itu Zaimah dan Zulkifli berada di warung kecil sarapan pagi mereka sekitar 300 meter dari rumah mereka.

Zulkifli mengikuti dengan berhati-hati dan ternyata motorsikal itu berhenti di rumahnya. Pembonceng motosikal turun dan mula mengumpil generator sebelah dinding rumahnya manakala seorang lagi berjaga-jaga di atas motorsikal.

Ketika mereka melihat Zulkifli sampai lelaki pertama yang berada di atas motorsikal meluru pada Zulkifli dengan membawa satu objek dipercayai besi untuk memukul Zulkifli, beliau tanpa berlengah terus mengeluarkan parang kecil yang digunakan untuk memotong ayam di warung setiap hari dan berjaya menikam lelaki pertama. Lelaki kedua pula berlari ke arahnya dan sekali lagi Zulkifli berjaya menikam di bawah bahu lelaki tersebut.

Lelaki pertama kemudiannya cuba melarikan diri dengan motorsikal. Lelaki kedua juga berlari menyeberang jalan dengan harapan sempat menaiki motorsikal tersebut namun apabila sampai pada pembahagi jalan lelaki kedua rebah dan mati di tempat kejadian. Zulkifli kemudian terus serahkan diri ke Balai Polis Kerteh. Lelaki pertama ditahan pihak polis ketika mendapatkan rawatan di sebuah hospital.

Hanya satu tikaman, di kawasan perkarangan rumah, yang tikaman itu sendiri tidak disangka akan mengakibatkan kematian demi mempertahankan diri dan harta maka Zulkifli pula bakal dilihat sebagai penjenayah berdasarkan tafsiran undang-undang kini?

Bagaimanakah nasib keluarga ini jika Zulkifli dihukum mati atau dipenjara?

Malah menurut Zulkifli beliau hanya akan mewakili dirinya sendiri kerana tidak mampu untuk mengupah peguam.

"Tiada apa perlu diselindungkan, saya akan cerita sebiji-sebiji apa yang berlaku, Allah saksi saya dan saya teringin nak tanya pihak pendakwaraya atas alasan apa ingin dikemukakan beliau di mahkamah Allah nanti kerana mendakwa saya atas hak saya sendiri?"  katanya.

sumber - Siakapkeli.my


(GAMBAR) Laut bertukar merah angkara bauksit



KUALA LUMPUR, 29 Disembeer:

Aktiviti perlombongan bauksit di Kuantan memberi kesan terhadap Pantai Beserah di Kampung Batu Hitam apabila air laut bertukar menjadi merah hari ini.

Penduduk tempatan sempat berkongsi gambar-gambar ‘laut merah’ yang dimuat naik di Facebook Gerakan Hentikan Pencemaran Bauksit (Geram) sejak pagi tadi, yang menunjukkan perubahan dalam warna yang dikatakan berlaku apabila hujan lebat.

Seorang ahli kumpulan itu, Afdillah Black Stone, menjelaskan secara ringkas bahawa senario itu dapat dilihat selepas hujan yang berlaku semalam di Kampung Batu Hitam.

"Masa Musim tengkujuh dulu2 … aku gan arwah bapak Turun kat pantai menjala ikan belanak Atau ronda pantai Sepanjang Mencari siput sedut … skrg hampeh,” tulis Afdillah.

Ahli-ahli lain juga turut berkongsi gambar sambil melahirkan rasa sedih di sisi laut yang berubah warna.
Dalam laman Facebook yang sama, Ahli Parlimen PKR-Kuantan, Fuziah Salleh turut berkongsi beberapa gambar laut merah diikuti postingnya yang memerlukan jawapan daripada pihak berkaitan.

Buat makluman warga Kuantan, Saya sudah pun Bertanya kpd timbln Menteri Alam Sekitar Melalui WhatsApp berkenaan dgn analisa udara merah ini kepada samada ianya Membawa mudharat kpd Manusia Dan Kehidupan di udara dan Sedang Menunggu jawapan dari beliau,” katanya.

Laut di Kuantan dilaporkan bertukar menjadi merah setiap kali hujan, kerana debu dari perlombongan bauksit di kawasan itu.


sumber : therakyatpost.com/

Tuesday, 29 December 2015

Aktivis PPIM Bela Hak Pengguna Ditahan Polis?



ALKISAH aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) ini, Muhammad Yusuf Azmi, wajahnya sering terpampang dalam akhbar dan siaran berita televisyen jika ada operasi dilakukan badan tersebut selama ini.

Dia seorang yang sangat baik dan telah membantu ramai umat Islam di Malaysia yang kebanyakannya teruk ditindas oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab.

Hakikatnya PPIM sendiri sudah membantu ramai rakyat Malaysia tidak kira agama, bangsa dan budaya yang terlibat dalam masalah kepenggunaan seperti isu Along dan pelanggan ditipu oleh peniaga.

Namun laman blog Parpukari baru-baru ini melaporkan penulisnya cukup sedih apabila melihat salah seorang aktivis kini ditahan pihak polis. Dia bagaimanapun tidak mendedahkan sumber maklumat itu.

Dosa Muhammad Yusuf ialah pergi untuk mendapatkan keadilan demi pelanggan yang dikurung selama 4 jam oleh peniaga tidak bertanggungjawab di pusat beli-belah Kota Raya di Kuala Lumpur tempoh hari!

“Macam mana pulak dengan peniaga penipu itu? Apakah tindakan sudah diambil? Kalau sudah diambil apakah peniaga jahat dan penipu itu sudah ditangkap?” soal penulis Parpukari.

Kita tidak tahu apa yang berlaku pada peniaga tersebut, tetapi apa yang pasti aktivis pembela rakyat tertindas oleh peniaga tersebut sudah berjaya ditahan pihak polis ketika hari cuti Maulidur Rasul pada Khamis.

Di mana keadilan untuk aktivis ini? Kalau semua aktivis dilayan teruk sebegini, kita takut nanti tiada siapa yang mahu lagi membela nasib rakyat tertindas kelak.

“Yalah asalkan pergi bertanya atau mendapatkan keadilan untuk yang tertindas, yang membela pula kena masuk lokap. Ada ke patut macam ni?” tanya Parpukari lagi.

Kadang-kadang ada tertanya-tanya, kenapakah pihak peniaga di Plaza Low Yat dan Kota Raya begitu kebal? Kenapa pihak KPDNKK pula tidak mahu mengambil sebarang tindakan?

Penulis blog ini membuat andaian, apakah telah berlaku semacam satu ‘perjanjian persefahaman’ antara pihak penguat kuasa dan peniaga jahat ini? Mungkin SPRM kena siasat akan perkara ini.

Zaman sudah maju, negara kita bakal menuju 2020 tetapi penguatkuasaan lemah. Kadang-kadang dah buat aduan tetapi masih belum ada tindakan hingga membuatkan rakyat terpaksa mengambil tindakan sendiri.

“Apabila sudah kecoh kerana hendak menuntut hak, yang menuntut dan teraniaya itu pula sebaliknya dimasukkan ke dalam penjara,” tambah Parpukari dalam nada nada secara sinis.

Dalam keadaan sekarang ini, ketika kenaikan harga barangan masih berlaku dan apabila kena tipu dengan peniaga tidak bertanggungjawab, memang setiap pengguna pasti sakit hati.

Kalaulah KPDNKK masih wujud dan berkerja dengan penuh amanah, tidak akan berlaku perkara sebegini. Kepada Ketua Polis Negara, berilah muka sikit dengan aktivis sebegini.

Mereka bukan penjenayah tetapi mereka adalah pejuang untuk rakyat. Mereka membuat kerja bagi pihak penguat kuasa yang sudah lama ‘mati’ konon akibat rasuah. Kasihanilah mereka.

Parpukari mengakhiri tulisannya dengan mengucapkan “SELAMATKAN NEGARA DARIPADA PENIAGA BANGKAI!

Yang membela masuk penjara dan yang menipu terus menipu serta menindas  rakyat akibat sikap beberapa pegawai penguatkuasa yang ‘menjual’ maruah diri demi kesenangan hidup.

“Semoga Allah selamatkan negara kita ini,” kata penulis itu menutup rencananya.



sumber – Mynewshub.cc/HAA