Friday, 14 March 2014

Latest News MH370 Malaysia Airlines : Keluarga Penumpang Hilang Sabar & Mahu Saman Kerajaan Malaysia!

Latest News MH370 Malaysia Airlines :  Berita Semasa akan terus paparkan perkongsian berita terkini, latest news MH370 Malaysia Airlines yang terus hilang tanpa petunjuk positif oleh kalangan pasukan operasi pencari kapal terbang MAS MH370 Malaysia Airlines sebagai sambungan daripada live update (DI SINI). Berita terbaru MH370?

Berdasarkan kemaksini pada pukul (14:18 petang 14 Mac 2014) yang mana hari ini sudah masuk hari yang keenam dimana…sekarang ini sudah terdapat sejumlah tiga lokasi yang mungkin di mana ia mungkin berlaku tragedi MH370 ini, sudah ada beberapa petunjuk tambahan. Moga-moga petunjuk terbaru yang dijumpai membuahkan hasil yang positif.

Latest News MH370 Malaysia Airlines 14 Mac 2014 (Jumaat)

Latest News MH370 pada pukul 14:18 petang
Apapun, inilah harga yang perlu dibayar oleh Malaysia Airlines (MAS) dek kerana tragedi MAS MH370 Malaysia Airlines ini. Walaubagaimanapun, keluarga mangsa diharap usahlah mendesak sangat. Kapal Terbang Mh370 pun masih belum dijumpai lagi.

Bukan calang-calang negara yang membantu Malaysia dalam operasi mencari MH370 MAS ini, siap dengan peralatan yang canggih & teknologi terkini pun masih tidak dapat mengesannya lagi. Sama-sama kita doakan segala usaha dipermudahkan…
  • Berdasarkan semakan Berita Semasa terhadap Latest News MH370 Malaysia Airlines daripada Reuters, sebilangan saudara-mara penumpang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) yang hilang di Laut China Selatan mendesak kerajaan Malaysia dan China memberikan jawapan berhubung kehilangan misteri pesawat malang berkenaan
  • Mereka juga mengancam untuk menyaman kerajaan Malaysia selain mahu berjumpa dengan Presiden China, Xi Jinping kerana pesawat tersebut masih belum ditemui dan mahukan penjelasan yang sewajarnya…
  • “Saya juga mahu bertanya kepada Jinping jika orang tersayang atau ahli keluarga anda berada dalam pesawat itu, apakah perasaan anda,”
  • “Kami tidak menyaman MAS tetapi kerajaan Malaysia,” katanya kepada wartawan.
Latest News MH370 pada pukul 9:34 pagi
MH370Tentera Laut Amerika Syarikat daripada Armada ke-7 akan gerakkan pesawat P-8A Poseidon yang “mahir” dalam aktiviti pengawasan maritim dan tidak lupa juga kapal USS Kidd bagi membantu usaha mencari & menyelamat penerbangan Malaysia Airlines MH370 dan tidak lupa juga kapal USS Kidd di Lautan Hindi berdasarkan petunjuk terbaru daripada Pentagon.

Amerika Syarikat mempunyai pengkalan tentera di Diego Garcia yang terletak di lautan Hindi

Latest News MH370 Malaysia Airlines 13 Mac 2014 (Khamis)

Latest News MH370 pada pukul 15:37 petang
Seorang juruterbang berpengalaman mendakwa juruterbang MH370, Kapten Zaharie Shah telah mengaktifkan isyarat ‘tango’ 40 minit selepas pesawat MH370 hilang dari radar menara kawalan.
  • kod rahsia ‘tango’ atau ‘charlie’ hanya diaktifkan apabila berlaku kecemasan seperti rampasan pesawat di udara untuk memberitahu Pusat Kawalan Trafik Udara Nasional (NATCC) berhubung masalah pengendalian pesawat yang memerlukan tindakan lanjut unit kawalan
  • kod rahsia ‘tango’ tidak pernah menjadi mainan mana-mana juruterbang sebelum ini kecuali berlaku kecemasan
Latest News MH370 pada pukul 12:09 tengahari
Songa Mercur MH370Berita Semasa dimaklumkan seorang pekerja pelantarnya, Michael Jerome McKay namanya (warganegara New Zealand) yang bekerja di pelantar Songa Mercur telah ternampak kelibat pesawat Malaysia Airlines sedang turun ke bawah semasa bekerja di luar pantai di bahagian selatan Vietnam. Dan pegawai tentera Vietnam dikatakan telah dimaklumkan mengenai laporan ini.
  • Ternampak berlaku pembakaran pada satu bahagian sahaja pesawat pada ketinggian yang tinggi sekitar 50-70 km dari lokasi Michael McKay
  • Syarikat Jepun Idemitsu Oil & Gas yang telah mengupah Songa untuk mengerudi minyak bagi pihaknya turut mengesahkan yang mereka sudah sedia maklum mengenai pendedahan ini…
  • Di bawah ini Berita Semasa lampirkan email dan juga peta berdasarkan koordinat GPS yang diberikan oleh Michael McKay ketika menyaksikan kelibat kapal terbang MH370 Malaysia Airlines ini
Latest News MH370 pada pukul 10:47 pagi
latest news MH370Laman web kerajaan China telah berkongsi gambar satelit yang mana disyaki sebagai serpihan kapal terbang MH370 Malaysia Airlines yang terapung di Laut China Selatan di kawasan yang diletakkan sebagai kawasan kemungkinan berlaku tragedi kapal terbang MH370 Malaysia Airlines hilang.

Walaubagaimanapun, ketua jabatan penerbangan awam China masih meneliti paparan sateliti tersebut…
Sedang dikemaskinikan daripada masa ke semasa…

sumber dipetik dari:-http://www.beritasemasa.com.my/latest-news-mh370-malaysia-airlines

No comments: