Tuesday, 11 March 2014

Misteri Kehilangan Pesawat MH370 MAS Hilang : Isu Tafsir Ayat Surah Yaasin. Nasihat Ahli Agama!

Misteri Kehilangan Pesawat MH370 MAS Hilang : Isu Tafsir Surah Yaasin : Begitu ramai yang berkongsi kesedihan dan cukup prihatin dengan dengan tragedi pesawat MH370 MAS hilang ini. Alhamdulillah.
Ya…..kita semua, rakyat Malaysia apatah lagi ahli keluarga mansa pesawat MH370 MAS hilang, seluruh dunia turut bersimpati yang terus hilang tanpa khabar berita pesawat MH370 MAS hilang daripada radar sejak Sabtu 8 Mac 2014. Tetapi….biarlah kena caranya. Dan besar kemungkinan….

Dan mungkin disebabkan ia terus menjadi misteri….mungkin, ada sesetengah kalangan kita yang mengambil peluang ini untuk terus menyebarkan sesuatu perkara yang tiada kaitan langsung dengan tragedi kehilangan pesawat MH370 MAS hilang ini tanpa usul periksa.

Sekaligus mendapat perhatian kalangan yang lebih berilmu dan ahli agama yang risaukan senario yang berlaku hari disebalik penerbangan pesawat MH370 MAS hilang yang terus misteri ini.

Antaranya, Ustaz Fathul Bari dan juga Ustaz W. Md. Hazim (Imam Masid Negeri Kuala Terengganu) serta tidak lupa juga Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut. Di bawah ini adalah antara jawapan dan respon balas serta nasihat kepada kita supaya tidak hentikan perbuatan ini dan tidak mengulangi pada masa akan datang….

Misteri Kehilangan Pesawat MH370 MAS Hilang : Antara Bunyi Tafsir Surat Yaasin di Facebook, Twitter

“Peristiwa kehilangan Pesawat MH370 MAS hilang itu berlaku pada 8 Mac bersamaan surah Yaasin ada 83 ayat dalam al quran dan pada ayat 41. Yang mana penerbangan itu berlepas pada jam 12.41 pagi di mana ayat surah Yaasin itu bermaksud, “Dan suatu tanda(kebesaran Allah) bagi mereka adalah bahwa Kami angkut keturunan mereka dalam kapal yang penuh muatan.(ayat 41)”.

Misteri Kehilangan Pesawat MH370 MAS Hilang VS Tafsir Surat Yaasin : Jawapan Ahli Agama

Sebab & penjelasan Tafsir ayat Surah Yasin Tidak Boleh Dikaitkan Dengan Misteri Kehilangan Pesawat MH370 MAS Hilang :
  • Dalam bahasa arab perkataan “Fulk” adalah merujuk kepada kapal yang berlayar di atas air. (Rujuk Kamus al-Wasit)
  • # Jawapan : Maknanya ia tidak merujuk kepada kapal yang berlayar di atas awan (kapal terbang). 
  • Ayat ini juga merujuk kepada kapal Nabi Nuh a.s yang belayar ketika banjir yang amat dahsyat ditimpakan oleh Allah s.w.t ke atas ummat Nabi Nuh yang tidak beriman. (Rujuk Tafsir at-Tobari dan Tafsir Ibnu Kathir)
  • # Jawapan : Maknanya di dalam ayat ini tidak berkait langsung dengan cerita pelayaran kapal terbang.
  • Perkataan “zurriyatuhum” dalam ayat ini pula ditafsirkan oleh ulama dengan dua pendapat:
  • Keturunan kaum musyrikin Mekah (diungkit oleh Allah supaya mereka sedar)
  • Keturunan yang terdahulu semasa zaman Nabi Nuh a.s. (Rujuk Tafsir Fathul Qadir)
  • # Jawapan : Maknanya tidak ada kaitan langsung tentang cerita-cerita yang terkemudian daripada zaman Nabi Nuh a.s untuk dikaitkan dengan ‘keturunan’ dalam ayat ini.
  • Bagaimana pula kaedah ulama tafsir yang disebut: “ Ibrah (pengajaran dalam al-Quran) adalah diambil berdasar umumnya lafaz bukan khususnya sebab turun ayat .” Maka jika melihat kaedah ini bukankah ayat ini boleh juga kita guna pakai untuk kita hari ini yang bukan hanya tertakluk kepada zaman Nabi Nuh a.s?
  • # Jawapan: Kaedah yang digariskan oleh ulama tafsir ini adalah bermaksud untuk mengambil pengajaran BUKAN untuk menafsirkan keadaan yang berlaku berdasarkan ayat al-Quran.
Nasihat kita bersama, Insyaallah sama-sama kita hentikan kegiatan menyebarkan Tafsir ayat Surat Yaasin (surah 83) yang kononnya ada kaitan dengan Misteri kehilangan Pesawat MH370 MAS Hilang. 

P/S : Walaupun mukjizat Rasulullah S.A.W itu sesuai sepanjang zaman, namun kita tidak boleh langgar disiplin dalam mentafsir kitab tersebut sebagaimana ramai yang sewenang-wenangnya tafsir ayat surah Yaasin ada kaitan dengan misteri kehilangan pesawat MH370 MAS hilang.

PP/S : Contoh paling mudah, ambil perlembagaan Malaysia, adakah ia boleh ditafsir sesukati hati ikut selera tekak sendiri? Apatah lagi mukjizat besar Al-Quran.

sumber dipetik dari:-http://www.beritasemasa.com.my/

No comments: