Video Kapten Norudin Abdul Majid Bongkar Misteri Malaysia MH307 Hilang: Boleh dikatakan setiap hari ada sahaja pakar (TERMASUK DI SINI)
daripada pelbagai bidang untuk ditemu bual bagi membincangkan bersama
hasil pengalaman dan analisa mereka ini melibatkan tragedi pesawat MAS
MH370 terkini. Tetapi Berita Semasa lebih tertarik dengan figura yang
seorang ini, Kapten Norudin Abdul Majid namanya.
Bukan calang-calang orang. Kapten
Norudin Abdul Majid merupakan ketua bahagian pesawat 777 sewaktu
berkhidmat di MAS (Malaysia Airlines). Apabila ditanyakan pendapat
Kapten Norudin Abdul Majid apakah yang berlaku ke atas Malaysia MH307
Hilang, Kapten Norudin Abdul Majid dengan penuh yakin berkata:
“HILANG! Benar-benar hilang!”
Beliau memberi jawapan yang pada saya di
luar jangkaan jawapan seorang juruterbang. Dan apabila ditanya
bagaimana cara untuk mencari, Kapten Norudin Abdul Majid memberikan
respon seperti di bawah ini :
“Kita perlukan doa daripada orang-orang soleh dan ahli keluarga.. Sekiranya teknologi sains tidak berjaya, maka kita kena guna cara lain. Benda ni ada kaitan dengan sains dan pencipta sains itu sendiri (Allah)”…tambahnya.
Kapten Norudin Abdul Majid : Antara Butiran Temubual Buletin Utama TV3
- Host: “Tapi, apa bacaan Kapten Norudin Abdul Majid daripada titik akhir (radar pesawat MH370 MAS Boeing 777 MH370) itu?”
- Kapten Norudin Abdul Majid: “Hilang!”
- Host: “Kemana?”
- Kapten Norudin Abdul Majid : “Full Stop!. KITA ORANG BERIMAN, ALLAH SWT. MENENTUKAN SEGALA-GALANYA, DUNIA INI KEPUNYAAN PENCIPTA”
- Host: “Kalau ia hilang, apakah ia boleh ditemui?. Dan kalau ia ditemui apa cara untuk ia ditemui?”
- Kapten Norudin Abdul Majid : “ALLAH SWT. MEMBERI KITA SEGALA CARA DAN KUNCI UNTUK MENEMUI APA SAJA. Jadi kita mestilah menggunakan kebolehah, pengetahuan, kepakaran, orang-orang tertentu untuk mencari pesawat ini.
- Host: “Dalam 1minit, siapakah orang-orang tertentu itu? Apa yang boleh dilakukan?”
- Kapten Norudin Abdul Majid : “DOA DARIPADA ORANG-ORANG SOLEH, YANG DEKAT DENGAN ALLAH SWT, DAN JUGA KELUARGA KERANA DIA SEDANG BEREMOSI. DAN ALLAH SWT LIHAT KETIKA ITU”
Ya, sekilas Kapten Noruddin Abdul Majid
mengajak kita semua umat Islam balik dan berpaksi kepada kebesaran Allah
s.w.t. yang menentukan segala-galanya. Suatu ketentuan, suatu yang
ajaib yg kita semua kena terima. Terbukti sekarang segala daya upaya
manusia yang dianggap serba pandai, bijaksana, pengembelingan tenaga
daripada semua bangsa dan agama dan dengan kecanggihan alat-alat
teknologi yang super power/energy, masih belum berjaya mengungkap
misteri yang terjadi. Manusia menjadi buntu tidak dapat mencari jawapan.
Kapten Noruddin Abdul Majid mengusulkan
agar kita semua umat Islam, kembali kita beriman kepadaNya, kita memohon
doa kepada Allah (kerana di situlah kuncinya), doa daripada orang-orang
yg soleh dan juga daripada kaum keluarga khususnya, buat solat taubat
dn hajat dan kita merayu kepada Allah s.w.t. InsyaAllah Malaysia MH307
Hilang hilang akan ditemui.
Berita Semasa amat bersetuju dengan pendapat Kapten Noruddin Abdul Majid
kerana ikhtiar dan kebijaksanaan manusia amat terhad. Inilah hikmahnya
yang manusia harus sadari bahawa kita semua lemah, tidak berdaya dn pada
akhirnya kita tetap akan berharap kepada Dia.
P/S : Kapten Noruddin Abdul Majid ini luas pengalamannya berada lama
duduk di kapal, apa yang Kapten Noruddin Abdul Majid nampak , apa dia
tahu di langit biru itu tidak semua orang akan tahu. Kapten Noruddin
Abdul Majid bercakap berdasarkan ilmu, iman dan pengalamannya untuk
renungan kita bersama.
sumber dipetik dari:-http://www.beritasemasa.com.my/video-kapten-norudin-abdul-majid-mh307-hilang
No comments:
Post a Comment