Monday, 10 March 2014

Latest Update Berita MAS MH370 Malaysia Airlines : Pintu Utama Malaysia Bocor, Zahid Hamidi Tempelak Imigresen!

Latest Update Berita MAS MH370 Malaysia Airlines : Di sini, Berita Semasa akan rangkum segala live update MAS MH370 Malaysia Airlines bagi memudahkan anda mendapatkan berita terkini perkembangan tragedi pesawat MAS MH370 Malaysia Airlines hilang.

Hari ini sudah masuk ketiga di mana pesawat MAS MH370 Malaysia Airlines masih belum dijumpai lagi….Berita terbaru? (Kemaskini pagi 13:23 pagi)…

Sebelum anda semak latest update Berita MAS MH370 Malaysia Airlines, anda boleh meneliti terlebih dahulu beberapa laporan detik-detik berita kehilangan pesawat MAS MH370 Malaysia Airlines sejak 8 Mac 2014.
  1. Kronologi pesawat MAS MH370 hilang : KLIK SINI
  2. Senarai nama penumpang MAS MH370 yang hilang &serta anak kapal : KLIK SINI
  3. Punca pesawat MAS MH370 hilang. Kajian pakar penerbangan : KLIK SINI

Latest Update MAS MH370 Malaysia Airlines 10 Mac 2014

10 Mac 2014 - 13:23 petang
Zahid Hamidi menemplak Jabatan Imegresen & mempertikaikan bagaimana pintu utama masuk ke Malaysia sebegitu mudah bocor dan mahu siasatan dalaman dijalankan terhadap Jabatan Imigresen (terutamanya Jabatan Imigresen cawangan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).) berikutan laporan dua pelancong menggunakan pasport curi warganegara Itali dan Austria & menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang dilaporkan hilang awal pagi kelmarin.
Saya masih hairan tak kan (pegawai imigresen) tak boleh fikir, orang Itali dan Austria tapi muka macam orang Asia,” katanya
10 Mac 2014 - 11:46 pagi
Latest Update Berita MAS MH370 Malaysia Airlines : Berita pesawat MAS MH370 hilang telah dibuat terus memberikan perkembangan positif, di mana seorang nelayan dari Kota Bharu, Kelantan telah buat laporan polis setelah Azid Bin Ibrahim & Pader Rohim selepas melihat kelibat pesawat terbang rendah sekitar 1:30 pagi 8 Mac 2014

Latest Update Berita MAS MH370 Malaysia Airlines. EKSLUSIF : Melalui sumber yang dikongsikan dari salah sebuah Forum Thailand yang terkenal & telah dimuat naik Andre Blumberg di laman Twitter, tiga Gambar salinan E-Ticket dua lelaki misteri yang menjadi penumpang kapal terbang MAS MH370 telah dibongkarkan dan didedahkan kepada umum.

Di mana 2 lelaki misteri penumpang kapal terbang MAS MH370 telah membayar tiket penerbangan KL Beijing tersebut menggunakan matawang Thai Baht melalui agen perlancongan Pattaya “Six Stars”!

Nampaknya, insiden pesawat MH370 ini semakin rumit dan memeningkan para pakar dan penyiasat dalam dan luar negara. Apakah sebenarnya yang berlaku ketika pesawat meluncur pada paras ketinggian 35,000 kaki itu? Masih belum terungkai….
10 Mac 2014 - 10:15 pagi
 
mas mh370
Latest Update Berita MAS MH370 Malaysia Airlines. Beginilah pemandangan dari udara yang diambil terus dari Helikopter Tentera Udara Vietnam pada 9 Mac 2014.
Dikatakan 2 tumpahan minyak yang besar ada kaitan dengan pesawat MAS MH370 Malaysia Airlines yang hilang.

Sampel telah pun diambil, dan dijangka pada tengahari ini keputusan ujian analisa terhadap sampel tersebut akan mula diketahui tengahari atau petang ini. Nantikan kemaskini daripada Berita Semasa…
P/S : Semakan Berita Semasa di Bursa Malaysia menunjukkan saham Malaysia Airlines (MAS) terus menjunam sebanyak 16%.

Akan dikemaskini berita terkini & Latest Update MAS MH370 Malaysia Airlines. Sedang dikemaskinikan…

sumber dipetik dari:-http://www.beritasemasa.com.my/latest-update-berita-mas-mh370-malaysia-airlines


No comments: