BANK Simpanan Nasional (BSN) menyasarkan jumlah simpanan bagi Sijil Simpanan Premium (SSP) akan mencecah RM3 bilion menjelang akhir tahun ini.
Naib Presiden Kanan, Ketua Jabatan Mikro Kewangan BSN Nilammasri Jaafar berkata, setakat Jun, nilai simpanan SSP direkodkan sebanyak RM2.54 bilion.
“Jumlah penyimpan setakat ini lebih dua juta orang,” katanya pada sidang media selepas Fiesta SSP BSN di Selangor untuk mengumumkan pemenang Cabutan Bulanan dan Cabutan Tempatan SSP bagi Jun 2014 di Kelana Jaya, semalam.
Menurutnya, BSN secara purata menawarkan 1,600 jenis hadiah setiap bulan bagi pelbagai jenis cabutan untuk SSP termasuk Cabutan Kenang Budi yang disasarkan khas kepada pelanggan setia BSN yang telah menyimpan selama 15 tahun dan ke atas.
Cabutan Bulanan Jun 2014 menyaksikan penyimpan dari Johor, Roslan Harun, 49, menerima hadiah sebuah kereta mewah Mercedes Benz E200 dan pemenang Cabutan Tempatan Ng Keng Chai, 64, memenangi sebuah kereta Perodua Myvi 1.5 Extreme.
sumber dari : http://www.sinarharian.com.my/
Wartawan Sinar Harian
No comments:
Post a Comment