Gambar Samsung Galaxy F yang disiarkan daripada akaun Tweeter @evleaks.
KUALA LUMPUR 3 Julai - Samsung dilaporkan merancang mengeluarkan telefon pintar baharu yang akan menggantikan rekaan plastik yang kita lihat selama ini kepada rekaan logam yang lebih menarik. Desas-desus mengenai telefon pintar reka bentuk logam tersebut telah berlarutan sejak beberapa bulan dan akaun Twitter, @evleaks telah menyiarkan gambar yang kononnya, rupa bentuk telefon terbabit.
Telefon yang dispekulasi sebagai Galaxy F terbabit kelihatan hampir sama dengan Galaxy S5 dan belakang telefon mempunyai reka bentuk logam baharu, namun kesahihan gambar dari @evleaks itu sukar untuk ditentukan.
Menurut laporan, Samsung mungkin merancang untuk melancarkan Galaxy F dalam masa terdekat untuk `menghalang’ pembeli daripada membeli iPhone 6. Media pula mendakwa tarikh tersebut adalah 12 September depan iaitu tarikh Apple dijangka melancarkan telefon pintar baharu.
Telefon buatan logam daripada Samsung boleh memberi kelebihan yang lebih besar kepada syarikat itu berbanding pesaingnya. Apabila HTC One dilancarkan pada 2013, pengkritik memuji peranti itu kerana reka bentuk aluminium elegan dan dianggap sebagai hanya satu daripada telefon Android yang benar-benar setanding dengan iPhone dari segi estetika.
Artikel Penuh: http://utusan.com.my/
No comments:
Post a Comment