Monday, 30 June 2014

GCH tambah 30% produk FAMA

fama, objetivo fama, grupo fama, mala fama, verdad y fama, grupo mala fama, codigo fama, objetivo fama 5, la fama, gch, anais objetivo fama, anais, mary ann acevedo, fama verdad y, maura rivera, la academia, gene fama, frances objetivo fama, ivan objetivo fama, tranpolin ala fama, grupo fama videos, danna paola, belinda, los daddys, la fiebre, 農夫 fama, mas fama, mariah carey, cristina eustace, gch papercuts, talento boricua, juan objetivo fama, fama hector lavoe, evaristo fama 2011, fama show, roberto pulido, mala fama 2013, mala fama 2012, sal fama, duelo, romeo santos, eminem not afraid, fama wiki wiki, fama hola, fame, youtube, selena, la fama syko, famas, alisson lozz, gary hobbs, fama french, dream girl fama, latin american idol, yamna lobos, amanda fama, leo fama, produck, fama y fortuna, beto quintanilla, sergi fama, luli fama 2011, luis fonsi, melcochita, fama sinaloense, kendo la fama, delirios de fama, la sombra, group fama, videos de terror, mana, j alvarez, codigo fama 2, alejandro sanz, hector lavoe fama, maze produk, grupo mazz, akon, justin bieber, groupo fama, janina, luis miguel, todo cambio camila, rojo contra fama, los gedes, grupo fama llorando, fabiola rodas, fama hidalguense, la parka, karen rodriguez, thalia, objetivo fama 2005, brissia, daddy-yankee, esquecidos pela fama, ruben blades, gran cuñado, cosculluela 2012, lapiz conciente, mala fama sanguijuela,,
ASHDOWN (kiri) dan Ahmad (tengah) di pasar raya besar Giant Taman Bachang.

GCH Retail (M) Sdn Bhd, pengendali rantaian pasar raya besar Giant meningkatkan kerjasamanya dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menerusi penambahan kira-kira 30 peratus produk segar di dua pasar raya besar itu di Melaka.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tim Ashdown berkata, usaha menambah aneka produk segar di Giant Taman Bachang dan Cheng itu sebagai memenuhi permintaan pasaran serta memberikan lebih banyak pilihan kepada pengguna.

“Kami tahu pelanggan amat menggemari barangan tempatan pada harga berpatutan, terutama bagi barangan segar. Justeru, apa yang kami lakukan kali ini adalah dengan menambah jumlah kepelbagaian produk bagi memberi lebih pilihan.

“Selain itu, kerjasama dengan FAMA sejak 15 tahun lalu membolehkan syarikat ini sentiasa menawarkan bekalan produk segar terus dari ladang seperti buah-buahan dan sayuran, selain bekalan makanan laut daripada nelayan tempatan pada harga lebih rendah,” katanya pada sidang media memperkenalkan wajah baru pasar raya besar Giant Taman Bachang. Hadir sama, Pengurus Besar Pasar Raya Besar Giant Cheng, Mohd Rizam Yakop dan Ketua Pengarah FAMA, Datuk Ahmad Ishak.

Beliau berkata, bagi memastikan Giant menjadi peneraju harga rendah, pihaknya kini menjalankan pemeriksaan harga bagi 5,000 barangan runcit popular setiap minggu untuk memastikan harga yang ditawar lebih kompetitif.

Mengulas mengenai wajah baru pasar raya besar itu di Melaka, beliau berkata, ia adalah sebahagian daripada program menaik taraf pasar raya berkenaan untuk memastikan pelanggan terus menikmati produk hebat dan segar pada harga rendah dalam suasana lebih selesa.

“Sempena program ini juga, kami menganjurkan jualan mega penghabisan stok dengan tawaran harga diskaun sebanyak 50 peratus bagi kira-kira RM5 juta barangan kegunaan am di pasar raya Giant Taman Bachang dan Cheng sehingga 2 Julai ini.

“Giant juga akan menanggung bayaran tambang bas bagi pelanggan yang datang menaiki bas dari Melaka Sentral ke kedua-dua pasar raya ini, sekali gus menyasarkan kedatangan kira-kira 10,000 pelanggan sehari sepanjang tawaran berlangsung,” katanya.

Sementara itu, Ahmad berkata, pihaknya sentiasa mengalu-alukan kerjasama berterusan daripada Giant kerana ia secara tidak langsung membantu usaha kerajaan dalam meringankan beban rakyat berikutan peningkatan kos sara hidup.

sumber dari : http://www.hmetro.com.my/

No comments: