Thursday 3 July 2014

Relevankah perkataan Islam pada bank?

islam, yusuf islam, anti islam video, convert to islam, nation of islam, islam in america, islam vs christianity, kad lisce pada, innocence of islam, cat stevens, miracles of islam, islam documentary, muslim, anti islam, anti islam film, history of islam, sami yusuf, islam debate, innocence of muslims, what is islam, christopher hitchens islam, christianity vs islam, radical islam, yusuf estes, islam miracles, quran, islam in europe, converted to islam, bill maher islam, islam converts, women in islam, zakir naik, converts to islam, marriage in islam, islamic songs, miracle of islam, islam music, michael savage islam, sam harris islam, islam video, months in islam, hitchens islam, hamza yusuf, islam prayer, converting to islam, islam and science, miracles of allah, michael jackson, why islam, jinn in islam, islamic videos, yusef islam, islamic lectures, queens of islam, nasheed, islam songs, islam is evil, crash course islam, truth about islam, anti islam movie, malcolm x, shia islam, islamic miracles, christopher hitchens, ravi zacharias islam, islam lecture, jesus in islam, the message, michael jackson islam, yusuf islam songs, islam zaxoyi, ahmed deedat, islam movie, hijab, islam convert, zain bhikha, muslim women, death in islam, anti muslim video, richard dawkins islam, bill maher, inside islam, islam history, dajjal in islam, dr zakir naik, islam and christianity, islam song, jinn, prophet muhammad, obama islam, islam rap, convert islam, talk islam, science and islam, documentary on islam, colors of islam,
Orang ramai bergambar di Pusat Kewangan Antarabangsa Dubai. Kini terdapat fenomena bank-bank yang menggunakan nama Islam menggugurkan perkataan Islam dalam usaha mereka untuk meneroka pasaran yang lebih luas di luar negara. - Gambar hiasan

ARAB SAUDI 2 Julai - Sistem perbankan Islam adalah berdasarkan kepada prinsip asas agama itu dan sesuatu yang mengejutkan apabila terdapat beberapa institut perbankan menggugurkan perkataan 'Islam' daripada nama bank mereka dalam meluaskan pasaran keluar negara. Pemilik bank Islam beranggapan dengan menggugurkan nama Islam, ia menandakan potensi kewangan Islam untuk berkembang atau nama itu adalah rintangan dalam menjadi bank utama.

Pada Januari lalu, Noor Islamic Bank berpangkalan di Dubai menukar namanya kepada Noor Bank, manakala Abu Dhabi Islamic Bank (ADIB), pemberi pinjaman terbesar di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) ketika ini merancang untuk menukar namanya sebagai Abu Dhabi International Bank apabila beroperasi di luar negara nanti. Mengulas mengenai tindakan itu, Ahli Lembaga Pengarah Eksekutif Bank Pembangunan Islam berpangkalan di Arab Saudi, Yerlan Baidaulet berkata, ia merupakan sebahagian daripada rancangan bank bagi memperluaskan operasi.

Katanya, bank terlibat berhasrat untuk maju ke hadapan daripada kumpulan pelanggan kecil yang menekankan keagamaan kepada jumlah pelanggan lebih besar yang mengutamakan harga dan kualiti perkhidmatan. Ujar beliau lagi, walau bagaimanapun, bank berkenaan merasakan untuk meluaskan daya tarikannya dan bersaing secara langsung dengan institusi konvensional, mereka perlu memanfaatkan sifat keperibadian Islam dalam kalangan orang ramai.

"Penjenamaan semula sememangnya merupakan bahagian penting dalam usaha menarik lebih ramai pelanggan sama ada ia beretika, alternatif atau kewangan yang mapan. "Kita perlu berfikir secara global, lebih luas dari segi nilai pelanggan. Mengapa monopoli konsep dan asyik memanggilnya Islam sahaja," katanya.

Pilihan lain bagi bank Islam untuk berkembang adalah dengan memasuki pasaran baharu di Asia, Eropah atau Afrika di negara-negara yang mempunyai minoriti penduduk Islam tetapi boleh mewujudkan kehadiran yang menguntungkan dengan menarik lebih ramai orang bukan Islam. Bank berkenaan tidak berniat untuk mengubah sifat patuh syariah terhadap produk mereka tetapi merasakan dengan menggugurkan perkataan 'Islam' daripada nama mereka adalah satu cara mengelakkan sebarang persepsi bahawa bank Islam memberi tumpuan kepada isu agama semasa dan mengabaikan aspek lain seperti kualiti perkhidmatan.

sumber dari : http://utusan.com.my/
Oleh NUR HANANI AZMAN