Sunday 15 June 2014

FIM2014 sasar RM400 juta

isviçre türkiye, devude ichadu, fethullah gülen, bagal me juta, gta san andreas, shame ghareeba, demjen ferencz, jata juta, bagle me juta, dilip kumar, chaiya chaiya, et katty perry, ainan tasneem, citti ayee hai, juta jazz, juta ounapuu, challa crook, bhangra songs, ager kerna, itje trisnawati, josh és juta, gernade, chven da juta, asha movie, sig sauer rm, heroine songs, giorguna, juta he sahi, hotel california eagles, baharo phool barsao, juta boli, juta devchenka, etw5wfwwgge, 150 juta kali, caravan sogns, jota hei sahe, basfl juta abishkar, amiga mia, drivingonhalfwaytreerd, gangnam style, sig rm400 enhanced, casar ymeno, jaba tara ganera, dabung 2, jaanay man piaa, herkipta 47, juta suxishvilebi, cary on juta, juta bus jamaica, jiya bekarar hai, hai meri zora, 150, juta badal, caras e bocas, 100 juta kali, bangla video, chui chuikane juta, bera, juta y esmoul, guirlanda de flores, godi vang, shri 420, secrets, bewafa imran khan, fat joe one, buruh ump dialog, 2 juta, ischia songs, gandi baat, carion juta movie, dil bole hadippa, cid june 2012, 16 wishes, bob marley, juta a montevergine, ali akbart khan, juta repetition, juta tha hisahi, amplifier imran khan, dengarlah bintang hatiku, begel mein juta, bollywood history, abnormal family movie, car on juat, juta hi sahi, balma song, churaliya with lyrics, serene aja piya, hindi love songs, hath me juta, andy milanokis, abaan azim siddiqi, awara hun, jos es juta, in urdo, afghan songs, bagal mai juta, sig rm400, josh and june, carey on juta,
KUALA LUMPUR 13 Jun - Persatuan Francais Malaysia (MFA) menyasarkan untuk mencapai sasaran urus niaga sebanyak RM400 juta pada Pameran dan Persidangan Francais Antarabangsa Malaysia 2014 (FIM 2014) meningkat lapan peratus berbanding RM368 juta tahun lalu. Ahli Jawatankuasa Utama MFA, Abdul Rahman Mohamed berkata, saaran itu boleh dicapai berdasarkan persekitaran ekonomi yang kondusif pada suku pertama tahun ini sekali gus memberi impak positif kepada pertumbuhan sektor francais. Katanya, MFA akan terus memainkan peranan dari semasa ke semasa bagi menggalakkan pembabitan francaisi dalam sektor baharu seperti hospitaliti, pendidikan dan penjagaan kesihatan yang mempunyai potensi besar untuk diketengahkan.

"Bagi tahun ini, kami melihat penyertaan 11 syarikat francaisor baharu pada FIM 2014 adalah satu perkembangan yang positif. "Mereka terdiri daripada pelbagai bidang. Antaranya, BV Best View Hotel dalam sektor hospitaliti manakala Chili Hair & Beauty dalam penjagaan kesihatan dan kecantikan," katanya pada sidang akhbar FIM 2014 di sini hari ini. Yang turut hadir, Naib Pengerusi MFA, Izham Hakimi Hamdi dan Setiausaha Agung MFA, Mohamad Shukri Salleh.

FIM 2014 yang diadakan selama tiga hari mulai 13 hingga 15 Jun menyediakan pelbagai program dan aktiviti menarik terutama kepada mereka yang tercari-cari peluang perniagaan, antaranya, program pemadanan perniagaan, taklimat francais dan maklumat bantuan kewangan. Penganjuran kali ke-21 itu yang bakal menarik lebih 12,000 pengunjung menyaksikan penyertaan 120 peserta pameran dalam pelbagai bidang melibatkan 60 jenama tempatan dan 25 jenama antarabangsa dari Singapura, Indonesia, Taiwan, Amerika Syarikat, Korea, Filipina dan Australia.

Menurut Abdul Rahman, setakat ini sebanyak 726 syarikat francais berdaftar dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di 53 buah negara dengan 1,992 rangkaian outlet di seluruh dunia. Menyentuh tentang persediaan menghadapi cukai barangan dan perkhidmatan (GST), beliau berkata, MFA telah mengadakan dua siri seminar dan taklimat dengan kerjasama Kastam Diraja Malaysia dan Kementerian Kewangan bagi membantu ahli-ahli mendapat maklumat yang jelas.

"Sememangnya GST akan beri kesan pada ahli MFA dan ini tidak dapat dielakkan. Setelah beberapa siri seminar diadakan, hanya 60 peratus ahli telah telibat. "Untuk itu, MFA akan terus memberi penekanan tentang kefahaman GST kepada semua ahli dari semasa ke semasa sebelum ia dilaksanakan April 2015," ujar beliau. Katanya, MFA sehingga kini mempunyai 370 ahli yang mana majoriti daripadanya terlibat dalam sektor makanan dan minuman (F&B).

sumber dari : http://utusan.com.my/utusan/
ARKIB : 14/06/2014

No comments: