MARAN: Keputusan semakan semula penyelarasan skim gaji minimum akan
dimuktamadkan Ogos ini, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri
Ismail Abdul Mutalib.
Beliau berkata proses semakan skim itu kini di peringkat akhir dan pengumumannya bakal dibuat oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Richard Riot Jaem.
"Kerajaan memberi peluang dan masa yang secukupnya kepada majikan dan pekerja untuk memberikan pandangan sehingga Mei lepas.
"Keputusan semakan semula skim ini akan diumumkan oleh Menteri Sumber Manusia," katanya kepada pemberita selepas penyerahan sumbangan cermin mata kepada 53 warga emas di Dewan Dun Lui di sini, hari ini.
Ismail berkata, semakan semula skim itu dibuat dua tahun sekali oleh Majlis Perundingan Penyelarasan Gaji Negara dengan perbincangan penyelarasannya membabitkan majikan, pekerja, Bank Dunia dan Pertubuhan Buruh Antarabangsa.
Pelaksanaan skim gaji minimum itu, yang bakal memberi manfaat kepada 1.4 juta pekerja swasta di negara ini, sepatutnya dilaksanakan Januari 2013 tetapi terpaksa ditangguhkan berikutan sebahagian besar majikan belum bersedia melaksanakannya. - BERNAMA

No comments:
Post a Comment