Friday, 20 June 2014

YTL kena buktikan jika bukan syarikat kroni

bukan empat mata, kena, bukan cinta biasa, makeup tutorial taliajoy18, bukan empatmata, ada band, aku isterinya, presentadora error, indonesia mencari bakat, dki warkop, bohsia kena rogol, beyonce sweet dreams, bukan empatmata 2010, jika engkau noah, bukan infotaimen, rinka jika, gummy bear song, geisha makeup, bukan cowok idola, syahrini, justin bieber, dr asri, bagaikan puteri, sinetron bukan diriku, bukan rayuan gombal, kena deh, acara di la, ayah romen anak, dewa 19, diljit songs, bem, eyang subur, youtube nindy buktikan, dj sbu, saban saulic snezo, all of me, bukan 4mata 2009, tegar, keina serairis, republik sandiwara cinta, rosa, fatin, akon beautiful, cinta, reza artamevia, enrique iglesias, indosiar sinetron, aku bukan hidangan, termehek mehek, bukan jatt morni, termehek mehek 2011, drake and josh, bukan diriku samsons, boom boom pow, kena patel, rossa, beatbox champıon, cinta fitri, becky clean version, romantis spring, ayu ting ting, tukul show, jayac te fuiste, awek kena rogol, sandy sandoro, jika engkau pergi, sinetron indonesia, buktikan nindy, kena raba berkali2, chimpan-c en pacion, saat terakhir, jika tabi, s.i.d m, chris brown, old hawaiian style, k. west heartless, bukan di sini, jika jika, kena allison, lolipop, bukan yang pertama, film indonesia terbaru, football, gerandong24, raba kena, afghanistan, azonto, keganasan terhadap wanita, samson bukan diriku, bukan emp, bosu kena 5five, glen fredly, bad romance, bukan rama shinta, saleem, bukan malin kundang, monata, dewi persik,
Mohd Nizam Mahshar

SHAH ALAM – Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) hari ini menggesa Pengarah Urusan YTL Corporations, Tan Sri Francis Yeoh membuktikan syarikatnya adalah sebuah syarikat bukan kroni seperti yang dikatakan oleh beliau baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Mohd Nizam Mahshar berkata, Francis juga perlu membuktikan bahawa syarikatnya adalah sebuah syarikat yang berinovasi dan beliau tidak pernah bergantung kepada ‘pemberian kerajaan’.

Malah tegas Nizam, kenyataan Francis yang menyebut bahawa kerajaan mengamalkan dasar kapitalisme adalah satu tuduhan berat.

“... pada masa sama ia merupakan satu penafian serius untuk Francis mengatakan bahawa dia bukan seorang kroni.

"Bagi pihak MTEM, kami meminta Francis sebagai Pengarah Urusan YTL Corp untuk membuktikan dia dan syarikatnya tidak bersalah. Kemukakan juga bukti mereka bukan kroni," katanya menerusi satu kenyataan.

Malah menurut Nizam, Francis juga perlu membuktikan apa sahaja kontrak yang diperoleh syarikat itu memberi manfaat kepada rakyat Malaysia, terutama Bumiputera, dan bukannya ahli keluarga dan syarikat-syarikatnya.

“Dalam laporan tahunan 2013, YTL Corp mencatatkan pendapatan berjumlah hampir RM20 bilion, dengan keuntungan selepas cukai sebanyak RM1.8 bilion, ekuiti yang diagihkan kepada pemilik syarikat induk pula adalah sebanyak RM13.3 bilion.

“YTL harus sedar bahawa segala keuntungan dan kekayaan yang dikaut dari lebih 13 projek kerajaan datang dari dompet pembayar cukai dengan niat untuk berkongsi kekayaan itu bersama rakyat,” katanya lagi.

Isu kenyataan Pengarah Urusan YTL berhubung kapitalisme kroni dan penjana tenaga bebas (IPP) baru-baru ini menjadi topik perbahasan hangat pada persidangan Dewan Rakyat.

Terdahulu, Francis dipetik sebagai berkata Malaysia perlu segera bebas daripada halangan-halangan seperti kapitalisme kroni dan isu perkauman atau retorik agama jika mahu terus bersaing dan mahsyur di peringkat global.
 
Dalam majlis Bual Bicara Global Siri Malaysia, Francis berkata syarikatnya tidak mengamalkan unsur-unsur negatif sejak dulu dan buktinya 85 peratus daripada perniagaan YTL adalah di luar negara.

sumber dari : http://www.sinarharian.com.my/
FATHIN ATHIRAH HASLI

No comments: