KUALA LUMPUR 4 Julai - Pelaksanaan sistem cukai barang dan
perkhidmatan (GST) yang akan berkuat kuasa 1 April 2015 diyakini mampu
merangsang pertumbuhan sektor teknologi komunikasi maklumat (ICT) dalam
jangka masa panjang.
Penasihat Jawatankuasa Penyelidikan Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (PIKOM), Woon Tai Hai berkata, walaupun kajian mendapati GST boleh mengakibatkan penurunan ketara dalam penggunaan sesuatu produk dan perkhidmatan pada peringkat awal pelaksanaannya, perkara itu hanya bagi tempoh seketika dan akan kembali pulih seperti biasa selepas melepasi satu tahap.
Melalui pelaksanaan GST ujar beliau, pengguna sebenarnya menanggung kos yang lebih rendah jika dibandingkan dengan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) iaitu di antara 5 hingga 10 peratus. "Kita dapat lihat melalui kajian yang dilakukan ke atas negara-negara yang melaksanakan GST, dalam jangka masa panjang ia sudah tentu dapat merangsang pertumbuhan industri ICT dan ekonomi negara," katanya kepada pemberita selepas membentangkan laporan Prospek Pasaran Pekerjaan ICT 2014 di sini hari ini. Yang turut hadir, Pengerusi PIKOM, Cheah Kok Hoong dan Pengarah Bahagian Bakat, Perbadanan Pembangunan Multimedia (Mdec), Muhammad Imran Kunalan Abdullah.
Sementara itu, Kok Hoong berkata, kajian yang dilakukan dengan kerjasama Jobstreet.com dibantu oleh Mdec mendapati, purata gaji golongan profesional ICT pada tahun 2013 menunjukkan peningkatan sebanyak 7.2 peratus kepada RM7,152 berbanding RM6,673 pada 2012. "Kajian mendapati pengurus kanan mencatat kenaikan gaji tertinggi sebanyak 9.6 peratus diikuti oleh eksekutif kanan dengan 7.5 peratus, manakala eksekutif dan pengurus menikmati peningkatan 7.3 peratus dan 7.2 peratus dan graduan baharu pula 4.6 peratus dengan gaji purata sebanyak RM2,451 pada tahun 2013," jelasnya.
Tambahnya, PIKOM mengunjurkan peningkatan purata gaji dalam industri ICT sebanyak 8.7 peratus bagi tahun ini sehingga separuh pertama 2015. "Justeru, pemain industri perlu terus memastikan struktur ganjaran yang ditawarkan dalam bentuk tunai dan komponen bukan tunai adalah efektif bukan sahaja di Malaysia malah jika dibandingkan dengan negara-negara serantau," katanya.
sumber dari : http://utusan.com.my/
Oleh NABILA YASMIN RAZIB

No comments:
Post a Comment