Wednesday, 9 July 2014

Kisah Benar Gelandangan di Kuala Lumpur KL. Punca Gelandangan Memilih di Jalanan?

kuala lumpur, fatima surayya bajia, san juan, karachi airport, gulam q, kesah, kereta langa babi, airport chimes, gta, jokke sommer, amazing grace, introduce kuala lumour, kuala lumpur dokic, hang gliding, singapore travel, high school massacre, jankovic jelena 2011, sparking wiggles, dokic kuala lumpur, beijing, bukit tinggi, shangiri-la caula lumpur, smpras vs federer, ana intercontenental, klm, gigolo, david archuleta crazy, castle of glass, hayabusa, amy grebe, kuala lumpur finals, saturday basshunter, happyslip, ben naten, entrapment laser scene, cyril dero, filipino japanese wedding, dreamers bali indonesia, 4minute malaysia, air asia, dikir puteri, denver airport train, 7icon, 2567646985151221145250522510243.kgo01vj kl, hakamy, carnival cruise, jovialsband, kenya, surface, gelandangan dangdut, cammed, cantonese version family, dayana punca, sharam, karachi to, gpl mua he, don moen, kuala lumpur food, asot 600, destination truth malaysia, burmese song 2013, real ghost footage, bgt jamie archer, dokic safarova, california metro station, allligator, emelyn vandenberg, kuala lumpur drive, kolalampur plane crasis, sexy carmen electra, gelandangan sodiq, black label bar, kuala lumpur atp, дискотека, best restaurants, kidzania kuala lumpur, dubstep, infinite kuala lumpur, burberry kuala lumpur, grupo kual, scarface 9797, justin bieber baby, kuala lumpur france, dbsk, building chrysler, federer, kisah benar movie, jayesslee payphone, kotvald petr, castles du loire, rt news, hot messege, koreanair cosmos suite, federer vs sampras, spongebob illuminati, gadis jolubu, hotel transylvania, 2ne1, city of god, hellinger china,
Bongkar : Kisah Benar Gelandangan di Kuala Lumpur KL : Adakah anda merasakan gelandangan yang tinggal di jalanan ini pemalas? Ya…sesetengahnya mungkin ada kebenaran berdasarkan beberapa pembongkaran kes. Hakikatnya…

Hakikatnya kebanyakannya mereka ini mempunyai pekerjaan tetapi masih lagi memilih untuk tinggal di jalanan.

Gelandangan Kuala Lumpur KL ini datang dari seluruh pelusuk negara semuanya mahukan dan mengimpikan kehidupan yang lebih baik berdasarkan firasat dan pemahaman mereka sendiri semasa mahu tinggal di ibukota Kuala Lumpur.

Ada yang ditipu majikan yang mengambil kesempatan, ada yang lebih suka mendapat makanan secara mudah tanpa perlu mengerah kudrat dan keringat sendiri, ada yang berjuang selepas disahkan positif HIV dan disisihkan keluarga terdekat, ada yang sukar mendapat pekerjaan walaupun pekerja sambilan, ada yang selesa dengan kehidupan bersaam dengan gelendangan yang lain. Macam-macam. Pelbagai latar belakang dan cerita disebalik tindakan gelandangan ini berkampung di jalanan di ibu kota Kuala Lumpur.
Bersama-sama ini Berita Semasa kongsikan beberapa kes dan kisah benar disebalik punca gelandangan bertindak tinggal di jalanan Kuala Lumpur KL :

A) Kisah Benar Gelandangan Sia Chin Siew

  • Sia Chin Siew mula lari dari rumah pada umur 18 tahun
  • Semuanya berpunca apabila abapa Sia Chin Siew seringkali menghalang Sia Chin Siew “dating” dengan lelaki yang sekarang ini sudah pun menjadi suami Sia Chin Siew
  • Sia Chin Siew pulang semula ke rumah selepas 5 tahun kemudian
  • Akhirnya ayah Sia Chin Siew terpaksa akur dan membenarkan Sia Chin Siew berkahwin dengan sesiapa yang menjadi pilihan hatinya
  • Sekarang ini, Sia Chin Siew sudah berumur 58 tahun dan sekali lagi telah lari dari rumah 2,3 tahun yang lalu selepas suami Sia Chin Siew tidak mahu anaknya berkahwin dengan gadis pilihan Sia Chin Siew sendiri
  • Hakikatnya, Sia Chin Siew sukakan kebebasan. Beliau tidak selesa untuk sewa sebuah bilik dan tinggal serta tidur di dalam lingkungan “empat dinding” disekelilingnya kerana Sia Chin Siew merasakan ia seperti tinggal di penjara.
  • Sia Chin Siew hanya akan kembali semula ke rumah selepas anak lelakinya berkahwin

B) Kisah Benar Gelandangan Yu Ching Hua

  • Yu Ching Hua berusia 67 tahun
  • Yu Ching Hua pernah menjadi tukang masak yang memperolehi pendapatan sehingga RM8,000 sebulan
  • Dengan pendapatan sebegitu, Yu Ching Hua telah menghantar anak-anaknya ke luar negara
  • 2 anak perempuannya tinggal di Switzerland manakala seorang lagi anak lelakinya tinggal di Australia
  • Yu Ching Hua pernah tinggal di Australia sekitar tahun 1990 selama 6 bulan tetapi Yu Ching Hua pulang semula ke Malaysia kerana tidak mempunyai ramai kawan di sana.
  • Yu Ching Hua bertekad tinggal dan tidur di jalan-jalan Kuala Lumpur yang mana beliau merasakan ada lebih ramai kawan di sana
  • Manakala isteri Yu Ching Hua tidur di tempat kerjanya di pusat penjagaan kanak-kanak di Petaling Jaya

C) Kisah Benar Gelandangan Roslan

  • Gelandangan Roslan berusia 52 tahun berasal dari negeri Melaka
  • Mula menghisap heroin sejak umur 15 tahun
  • Roslan telah bercerai dengan isterinya pada tahun 2005 selepas 16 tahun perkahwinan
  • Walaupun disahkan positif HIV, isteri tetap menerima Roslam seadanya walaupun kedua-dua anak-anak turut terkena virus HIV
  • Tetapi, kesabaran isteri Roslan memuncak apabila Roslam kembali menghisap heroin selepas 6 tahun berhenti
  • Roslan dibenarkan tinggal oleh ibunya sendiri di rumah tersebut. Malangnya setelah ibunya meninggal dunia….7 adik-beradik Roslan tekah menghalau Roslan keluar dari rumah di melaka kerana telah disahkan positif HIV dan tidak mahu menerima Roslan yang merupakan seorang penagih dadah
  • Roslan mengambil keputusan berjalan-jalan di Kuala Lumpur dan sekarang menginap dengan membuat katil “buatan sendiri” di bawah pokok besar di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur
  • Walaupun hari ini Roslan telah bebas dadah sejak 4 tahun lalu sejak mengikuti Program “Metadon”

D) Kisah Benar Gelandangan Simon

  • Simon berasal dari Sabah
  • Simon berumur 48 tahun
  • Simon menjual tin-tin kosong untuk menyara kehidupannya
  • Lokasi tempat tidur Simon adalah di sekitar jalan-jalan di ibu pejabat Maybank (Pusat bandar)
  • Yang menariknya lagi, Simon pernah menceritakan yang beliau pernah memenangi kereta Perodua dan juga Simon mengatakan keluarganya pernah diculik.

E) Kisah Benar Gelandangan Nasar

  • Nasar berumur 33 tahun
  • Nasar berhenti bekerja sebagai pengawal keselamatan sejak 10 tahun lalu kerana majikannya tidak berhati perut kerana tidak membayar gajinya selama 3 bulan
  • Akhirnya, Nasar terpaksa mengemis di sekitar pasar besar Mydin di pusat Bandar
  • Nasar menyatakan beliau sebenarnya tidak suka mengemis tetapi atas desakan hidup, Nasar terpaksa melakukannya
  • Lokasi tempat tinggal Nasar adalah di bawah pokok besar di ibukota selama tempoh 10 tahun lamanya

F) Kisah Benar Gelandangan Ah Fatt

  • Ah Fatt sedang asyik makan sisa makanan daripada hidangan ayam Nando’s yang diberikan oleh sekumpulan manusia berhampiran Bangkok Bank di pusat bandar. Beras dan air mineral turut kelihatan di tepi badan Ah Fatt hasil pemberian orang ramai
  • Ah Fatt berumur 60 tahun dan mempunyai 6 oranga dik-beradik
  • Ah Fatt merasakan seperti disisihkan & acapkali ditekan oleh adik-beradiknya kerana Ah Fatt pada masa itu masih lagi menganggur’
  • Ah Fatt mengakui gembira menjadi gelandangan kerana mampu menikmati banyak makanan sepanjang tinggal di jalanan
  • Biasanya pada hari Sabtu contohnya, Ah Fatt akan memperolehi sekitar 6 pakej makanan daripada orang ramai
  • Lebih daripada cukup kata Ah Fatt

G) Kisah Benar Gelandangan Arinburagan

  • Arinburagan berusia 61 tahun, mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak di Ipoh Perak
  • Arinburagan lebih senang tidur di sekitar Dataran Merdeka pada sekitar waktu pagi sejak 3 bulan yang lalu
  • Pada sebelah malam pula, Arinburagan bekerja sebagai penjaga tempat letak kereta
  • Arinburagan merasakan terlalu mahal kos untuk beliau berulang-alik ke tempat tinggalnya di sebuah kuil Hidu di Puchong Selangor

J) Kisah Benar Gelandangan Beroner Bill

  • Beroner Bill berumur 27 tahun dan berasal dari Sarawak
  • Beroner Bill bekerja sebagai pengawal keselamatan dan diberikan penginapan asrama tetapi Beroner Bill lebih suka tinggal di jalanan kerana mempunyai ramai kawan di sana
  • Beroner Bill menikmati pendapatan antara RM1,000 – Rm1,400 sebulan

H) Kisah Benar Gelandangan S. Sathiumnarainah

  • S. Sathiumnarainah berusia 44 tahun
  • S. Sathiumnarainah melakukan kerja-kerja membaiki kabel selama ini, tetapi majikannya baru-baru telah bertindak tidak membayar gaji kepada S. Sathiumnarainah
  • S. Sathiumnarainah lebih suka tinggal di jalanan berdekatan Maybank di pusat bandar berbanding tinggal di rumah kakaknya kerana merasakan beliau lebih mempunyai ramai kawan-kawan jika tinggal di jalanan

Gambar Gelandangan Kuala Lumpur KL

Berdasarkan pemerhatian dan pembacaan anda mengenai kisah hidup mereka secara ringkas seperti di atas ini, yang mana satu mahu anda bantu? Atau anda mahu bantu kesemuanya? Mengapa?

sumber dari : http://www.beritasemasa.com.my/

No comments: