APABILA sesuatu produk dihasilkan, antara perkara yang
mesti dipertimbangkan ialah bagaimana mahu memasarkan produk itu kepada
pengguna.
Setiap produk mesti ada saliran pemasarannya. Dalam proses ini, kedudukan orang tengah atau pemborong sangat penting.
Apabila bercakap mengenai produk Muslim atau sunnah, timbul persoalan mengenai pemborong. Ini kerana kebanyakan pemborong adalah bukan Islam. Justeru, ini mungkin dianggap satu halangan untuk perniagaan produk Muslim atau sunnah berkembang.
Bagaimanapun, bagi mereka yang berminat menceburi bidang ini, jangan mudah berputus asa!
Hakikatnya, memang ada pemborong Islam berasal dari Johor yang meletakkan niat beliau berniaga untuk menunaikan fardu kifayah, sekali gus berjihad membantu pengeluar Islam memasarkan produk mereka.
Menggunakan slogan ‘Jom Sokong Produk Muslim’, Sahabat Roselle Marketing (SRM) telah memulakan langkah sejak 2007 menjadi pemborong dan pembekal barangan runcit dengan hanya mengutamakan produk Muslim yang betul-betul diyakini kesuciannya.
Pengusahanya, Yusuf Shadan berkata, beliau mahu mengelakkan perkara syubhah dalam perniagaan dengan tidak mencampuradukkan produk Muslim dengan bukan Muslim.
“Produk Muslim yang kami ambil juga ada syarat dan proses tertentu dilalui. Kami akan turun padang bertemu sendiri pengeluar produk untuk lebih yakin dalam urusan ini," katanya.
“Jika ada pengeluar produk Melayu tetapi produknya serta cara pentadbirannya dirasakan tidak mengikuti prinsip syariah juga akan kami elakkan,” katanya.
Mengenai sambutan terhadap penjualan produk Muslim kini tidak kira ada mengandungi makanan sunnah atau produk makanan biasa, katanya memang ada peningkatan dalam permintaan.
“Ramai pelanggan mula cari produk Muslim terutama apabila isu halal jadi perhatian baru-baru ini. Peningkatan permintaan memang ketara," katanya.
Yusuf berkata, meskipun masih ramai pesimis terhadap prospek perniagaan produk Muslim yang dianggap seakan menyempitkan peluang atau skop perniagaan, bagi Yusuf ALLAH bersamanya dan akan membantu mereka yang memperjuangkan sunnah rasulNya.
"Tujuan kami jelas, produk orang Islam yang dijamin, itu yang kami utamakan," katanya.
Nasihat kepada mereka yang berminat menceburi bidang itu, Yusuf berkata, mereka tidak perlu risau dalam urusan pemasaran kerana memang tujuan beliau sendiri mahu bantu orang Islam bangkit dalam bidang perniagaan.
sumber dari : http://www.sinarharian.com.my/
Wartawan Sinar Harian

No comments:
Post a Comment