KUALA LUMPUR - Malaysia memerlukan belanjawan yang bertanggungjawab
yang mengambil kira keperluan rakyat untuk merealisasikan Wawasan 2020
dan mencapai status negara maju pada tahun itu. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Belanjawan 2015
yang dijadual dibentangkan di Parlimen pada Oktober ini diharap dapat
menambah baik kedudukan fiskal negara dan meningkatkan taraf kehidupan
rakyat.
"Malaysia kini berada di ambang status negara maju. Bersama kita mampu mencapai sasaran itu. Mari teruskan usaha kita," kata Najib dalam catatan beliau di blog 1Malaysia bertajuk Bajet2015: Mari Teruskan Usaha Kita semalam.
Najib yang juga Menteri Kewangan memberitahu, walaupun ekonomi negara terus berkembang dan banyak peluang pekerjaan baharu diwujudkan, namun rakyat tetap merasai kesan daripada kenaikan kos sara hidup.
Katanya, kerajaan telah mengorak langkah dalam menangani isu-isu keperluan rakyat dengan merangka bajet nasional yang inklusif, seimbang dan bertanggungjawab.
sumber : http://www.kosmo.com.my/

No comments:
Post a Comment