KUALA LUMPUR 15 Ogos Model ikonik Volkswagen, Beetle kini kembali
dengan spesifikasi baharu yang menggabungkan reka bentuk klasik
kumbang dengan sistem hiburan, keselesaan dan ciri-ciri keselamatan
baharu.
Pengarah Urusan Volkswagen Group Malaysia, Armin Keller berkata, Beetle yang telah ditambah baik itu pastinya akan membawakan kegembiraan dan keterujaan kepada pemandu yang bijak menilai, tidak kira sama ada tua atau muda.
Ujarnya, Beetle baharu dikuasakan unit enjin suntikan terus bahan api dengan sistem pengecas turbo 1.2l TSI yang dipadankan dengan kotak gear Direct Shift Gearbox (DSG) tujuh kelajuan dan mampu mencapai kelajuan 100km/j dalam tempoh 10.9 saat dengan kelajuan maksimum mencecah 180km/j.
"Di sebalik prestasi pecutan yang mengagumkan itu, model ikonik ini masih mampu menawarkan penggunaan bahan api yang menjimatkan iaitu 5.9 liter/100km (atau 16.9km/liter) untuk gabungan pemanduan di bandar dan lebuh raya," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Tambahnya, antara ciri baharu yang terdapat pada model Beetle berkenaan adalah sistem penggera antikecurian dengan sistem pelumpuh enjin elektronik bagi mengelakkan kecurian.
Beetle didatangkan dalam lima pilihan warna iaitu putih (Candy White), merah (Tornado Red), kuning (Saturn Yellow), coklat (Toffee Brown) dan hitam (Deep Black) dan dibuka untuk tempahan mulai 15 Ogos di semua pengedar Volkswagen di Semenanjung Malaysia.
Beetle 1.2l TSI Design ditawarkan pada harga RM131,888 sebuah, manakala 1.2l TSI Sport pula berharga RM142,888 sebuah.
sumber : http://utusan.com.my/utusan/

No comments:
Post a Comment