Cadangan Bajet 2015 Pembahagian Kekayaan Bursa Saham Malaysia Lebih Baik
Daripada BR1M : Surat Terbuka Kepada Datuk Seri Najib Razak.
Bismillahirrahmanirrahim…
Kepada,
Datuk Seri NajibTun Razak
Perdana Menteri Malaysia
Menteri Kewangan 1
Datuk Seri,
PER : USAHA MENINGKATKAN EKONOMI BUMIPUTERA MELALUI PEMILIKAN EKUITI
Baru-baru ini blogger terkenal iaitu
Faizal Yusup yang juga merupakan remisier di Kenanga Investment Bank
Berhad dan telah berkecimpung dalam pasaran saham di Bursa Saham
Malaysia semenjak tahun 1996 telah pun berkongsi idea dan pandangannya
dengan harapan agar akan ada penambaikan
bagi usaha-usaha yang lebih baik meningkatkan ekonomi rakyat Malaysia
khususnya dikalangan bumiputera di Malaysia yang bagi Berita Semasa
sendiri sangat baik dikongsikan bersama kalangan pembaca BS sendiri.
Bersama-sama ini Berita Semasa kongsikan….surat terbuka Encik Faizal Yusuf seperti yang tertera di bawah ini.
Cadangan Bajet 2015 Pembahagian Kekayaan Bursa Saham Malaysia Lebih Baik Daripada BR1M
8 hb Ogos 2014Bismillahirrahmanirrahim…
Kepada,
Datuk Seri NajibTun Razak
Perdana Menteri Malaysia
Menteri Kewangan 1
Datuk Seri,
PER : USAHA MENINGKATKAN EKONOMI BUMIPUTERA MELALUI PEMILIKAN EKUITI
Kehadapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak,
SAYA harap Datuk Seri berada dalam
keadaan sihat dan tenang. Semoga Datuk Seri dilimpahkan kerahmatan dan
keberkatan daripada ALLAH SWT.
Sebelum saya memulakan warkah ini
izinkan saya memperkenalkan diri saya. Nama saya Faizal Yusup dan saya
seorang remisier dari Kenanga Investment Bank berhad juga Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera. Saya telah berkecimpung dalam Industri
pasaran saham Malaysia sejak tahun 1996. Apapun surat ini saya tulis
atas kapasiti individu.
Usaha meningkatkan ekonomi Bumiputera
melalui pemilikan saham sebanyak 30% sejak Dasar Ekonomi Baru yang
diperkenalkan sejak tahun 1970 oleh ayahanda Datuk Seri sehingga kini masih belum dapat dicapai walaupun setelah lebih 40 tahun ia dilancarkan. Disamping itu juga semua ketahui yang rakyat Malaysia terbelenggu dalam paras pendapatan sederhana sejak sekian lama.
Pemberian BRIM sejak 2 tahun lalu kepada
kelompok golongan pendapatan rendah hanyalah sebagai cenderahati kecil
yang membawa kepada kenaikan perbelanjaan kerajaan atau dalam ertikata
lain ia menggunakan duit pembayar cukai.
Di sini saya ingin memberi satu cadangan
yang mana sekiranya ia digunapakai maka saya percaya ia akan membawa
kepada perubahan kepada industri pasaran modal secara total.
Salah satu pendekatan yang mudah dan
praktikal ialah dengan meningkatkan ratio peruntukan saham terbitan Awam
(IPO) kepada pelabur runcit ke paras yang lebih tinggi. Untuk
pengetahuan Datuk Seri sebelum tahun 1997 iaitu tahun kejatuhan pasaran
saham disebabkan krisis kewangan Asean nisbah peruntukan saham kepada
Pelabur Runcit ialah 70% dan hanya 30% di peruntukan kepada Institusi
dan pada masa itu pasaran primary IPO ini berkembang dengan pesat dan
ini menyaksikan kenaikan penyertaan pelabur runcit dalam Bursa Malaysia
secara mendadak. Pembelian saham IPO membawa keuntungan kepada ramai
pelabur runcit termasuklah mereka-mereka yang terlibat dalam industri
seperti dealer dan remisier, koperasi, syarikat yang melabur saham,
syarikat pengurusan aset dan sebagainya.
Ini kerana tatkala saham IPO ini
disenaraikan Institusi yang tidak mendapat peruntukan saham-saham IPO
ini akan bersaing antara satu sama lain bagi mendapatkannya pada hari
penyenaraian lantas mereka membelinya dari tangan para pelabur awam.
Berbeza dengan pelabur awam yang jangkamasa pegangannya yang lebih
pendek, Institusi membeli saham-saham tersebut bagi tujuan pelaburan
jangkamasa panjang. Apa yang penting ialah saham yang dibeli itu ialah
saham yang punya kedudukan kewangan yang kukuh.
Namun demikian kejatuhan pasaran saham
disebabkan oleh kejatuhan nilai matawang Ringgit Malaysia pada tahun
1997 telah menyebabkan pasaran IPO ini menjadi layu. Setiap IPO baru
yang diterbitkan mengalami kekurangan langganan dari pelabur runcit
lantas sebagai jalan penyelesaian ia akhirnya diperuntukan kepada
Institusi. Jadi rationya berubah dari 70% kepada pelabur runcit sekarang
ia hanya tinggal lebih kurang 30% dan pelabur institusi pula
menyaksikan kenaikan dari 30% kepada 70% secara kasarnya.
Apapun setelah 17 tahun berlalu pelabur
runcit telah mula kembali ke dalam pasaran memandangkan pendapatan dan
simpanan yang telah meningkat juga disebabkan mereka tak punya tempat
lain untuk melabur. Contoh pelaburan komoditi emas telah menjadi terlalu
berisiko kerana harganya komoditi tersebut telah berada pada paras yang
tinggi begitu juga keadaannya dengan pelaburan Properties atau Real
Estate.
Di sini saya sertakan carta prestasi IPO
di pasaran Bursa Malaysia berakhir pada 2 Jun 2014. Ia jelas
menunjukkan prestasi kenaikan yang baik dengan premium bagi setiap
penyenaraian sejak awal tahun 2013. Ada kaunter yang naik sebanyak 160%
pada hari penyenaraian dan pastinya ia merupakan pelaburan yang
menguntungkan dan berbaloi.
sumber dari : http://www.beritasemasa.com.my/
No comments:
Post a Comment