Monday, 8 September 2014

Bangkit daripada kegagalan

KATA pepatah, kejayaan tidak datang bergolek dan jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Bertitik-tolak daripada kegagalan demi kegagalan dan rintangan demi rintangan, Rubywati Dzulkarnain atau Ruby, menjadikan pengalaman itu sebagai guru yang akrab untuk dia terus mencapai impian.

Anak jati Ipoh, Perak, ini mula mengorak langkah ke dunia perniagaan bukan semata-mata oleh desakan kehidupan dan kegagalan masa lampau.

Sebaliknya, impian untuk melihat kaum Hawa kelihatan anggun serta menawan menjadi inspirasi untuknya mencipta sesuatu yang baru dan boleh diterima oleh semua peringkat usia.

“Melalui dunia perniagaan saya banyak mengenali pelbagai ragam dan kerenah manusia. Pernah satu ketika saya merasakan cita-cita dalam perniagaan hampir berkubur kesan daripada manusia yang hanya tahu mengambil kesempatan atas keikhlasan dan kelemahan orang lain.

“Saya bukanlah wanita yang mudah mengalah oleh keadaan. Saya melihat kegagalan itu sebagai cabaran untuk saya bangun kembali," katanya.

Ruby pernah berkhidmat disalah sebuah institusi kewangan dan bekas kaki tangan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).

Bermodalkan simpanan yang ada, dia kini memulakan langkah baru dengan menghasilkan produk kecantikan, Calithea. BERITA LANJUT KLIK SINI

sumber : http://202.190.126.82/utusan/

No comments: