Wednesday 10 September 2014

GST beri kesan positif

SANJEV Nanavati (kiri) dan Anne Marie Brooks pada sidang akhbar AMCHAM di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 8 Sept. - Dewan Perniagaan AmerikaMalaysia (AMCHAM) optimis cukai barangan dan perkhidmatan (GST) memberi lebih banyak peluang perniagaan daripada syarikat luar dan kesan positif kepada negara ini dalam jangka masa panjang.

Presidennya, Sanjeev Nanavati berkata, tidak adil untuk mengatakan GST hanya akan memudaratkan ekonomi Malaysia kerana pengenalannya di manamana negara bertujuan meningkatkan dana kerajaan. Katanya, apabila kerajaan mempunyai kewangan yang mapan, mereka mampu untuk melaksanakan banyak perkara dalam meningkatkan persekitaran perniagaan supaya dapat menarik ramai pelabur asing.

"Memperluaskan asas cukai adalah baik dan harus diakui setiap syarikat tidak terlepas dalam mendepani isu berkaitan GST dan ia sememangnya perlu dijangka," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas membentangkan Kaji Selidik Unjuran Perniagaan ASEAN 2015 di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Eksekutif AMCHAM, Anne Marie Brooks. Sebanyak 588 firma Amerika Syarikat mengambil bahagian dalam kaji selidik itu dan 60 daripadanya syarikat Malaysia.

Firmafirma Amerika Syarikat kekal yakin terhadap prospek perniagaan di ASEAN pada 2015 dengan 74 peratus daripada mereka melaporkan perdagangan dan pelaburan di ASEAN meningkat dalam tempoh dua tahun.

Menurutnya, sentimen positif dicerminkan oleh 63 peratus oleh mereka yang ditinjau mengunjurkan keuntungan meningkat di Malaysia tahun ini manakala 81 peratus lagi menjangkakannya berlaku pada 2015. Mengenai Perjanjian Perkongsian TransPasifik (TPPA), beliau berkata, berbanding ramalan mengenai kesan kepada Malaysia berikutan perjanjian itu, negara lebih memerlukan pemahaman mengenainya.

"Saya tidak dapat mengulas lanjut tentang isu tersebut kerana tidak pasti sejauh mana proses rundingan berkaitan TPPA sedang dijalankan," katanya.

sumber : http://202.190.126.82/utusan/Ekonomi/
Oleh NUR HANANI AZMAN

No comments: