Memasuki usia lapan tahun penganjuran pertunjukan fesyen berteraskan
Islam, IFF atau Festival Fesyen Islam dilihat semakin matang dalam
kreativiti menghasilkan busana muslimah serta menanamkan teras konsep
aurat dan budaya Islam yang sebenar.
Memilih Padang, Indonesia sebagai lokasi acara gilang-gemilang ini, Datuk Seri Raja Rezza Shah selaku Pengasas dan Pengerusi IFF memaklumkan dirinya berpuas hati dengan penganjuran kali ini yang berjaya menarik pemahaman mengenai fesyen Islam dan membuka pintu hubungan antara Malaysia dengan negara lain.
"Selain menutup aurat, pereka perlu mengambil kira budaya yang membalut tebal di hati pemakainya. Sebagai contoh, wanita Pakistan lebih mengutamakan bahagian dada ditutupi berbanding bahagian lain.
"Dalam kalangan pereka, mereka cuba memahami beza antara budaya, adat dan agama setiap kali melahirkan kreativiti. Ia boleh diperbaiki, apatah lagi IFF dicipta untuk fesyen global dan kita melihat segala perbezaan, sekali gus diharmonikan atas lantai pertunjukan fesyen," ujarnya seperti yang dilaporkan Berita Harian.
Sementara itu, acara yang bakal diadakan pada November ini telah memilih Malaysia sebagai lokasi seterusnya dengan bertemakan Melayu Manis, manakala pameran di Muzim Negara mengenai IFF akan diadakan menjelang tahun hadapan.
IFF yang telah diperkenalkan pada tahun 2006 di Kuala Lumpur pernah diadakan di Abu Dhabi, Manila, Monte Carlo, New York, London, Paris dan antara pereka tempatan yang menyertainya adalah Serikapas, Ain dan Sherry Sidek.
sumber : https://my.entertainment.yahoo.com/
By Azizah Saleh | Tupai

No comments:
Post a Comment