Mahmood Zuhdi
“TIADA istilah perubatan Islam seperti yang disebutkan,
demikian kenyataan Profesor di Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh, Universiti
Islam Antarabangsa Malaysia, Profesor Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi
Abdul Majid ketika ditanya mengenai rawatan bekam yang didakwa sebagai
perubatan Islam.
Menurutnya, rawatan bekam yang dikatakan perubatan Islam hanyalah sebagai rawatan alternatif sama seperti rawatan lain dalam perubatan bagi mengubati penyakit.
“Dari segi agama, berbekam tidak ada sangkut paut dan ia sama seperti kita mengambil ubat biasa dengan pelbagai cara seperti melalui pembedahan atau suntikan.
“Dakwaan yang mengatakan bekam adalah Sunnah Rasulullah SAW pula adalah sama seperti dengan perbuatan lain yang dilakukannya. Kita cintakan baginda jadi kita ikutlah apa yang dilakukannya,” katanya.
Dr Mahmood Zuhdi juga berkata, berbekam merupakan salah satu perubatan tradisional yang dilakukan masyarakat Arab ketika waktu itu dan turut dilakukan di negara lain dengan kaedah yang berlainan mengikut kesesuaian individu dan penyakit tertentu.
“Oleh itu, kita janganlah menganggap berbekam (walau pernah dilakukan Rasulullah) sebagai perubatan cara Islam memandangkan ia merupakan perubatan tradisional masyarakat Arab.
“Baginda merupakan masyarakat Arab ketika itu turut melakukannya memandangkan ia tidak bertentangan dengan syariat Islam,” katanya.
Ditanya mengenai segi kebersihan melakukan rawatan bekam Mahmood Zuhdi berkata setiap individu sama ada yang menerima rawatan dan menyedia rawatan perlu mengambil perhatian mengenai kawalan mutu dan jangkitan kuman.
“Jangan kerana berbekam pernah dilakukan Rasulullah, kita melakukannya tanpa mengambil kira asas-asas kesihatan moden dan kebersihan.
“Kita perlu berhati-hati, melihat dan memerhati kepakaran yang ada pada individu yang menyediakan perkhidmatan bekam,” katanya.

1 comment:
Benar sekali apa yang dikatakan oleh Prof Mahmud Zuhdi
Post a Comment