Kuala Terengganu: “Saya memang nak
tinggal di rumah ini,” kata Endon Chik, 47, yang sebelum ini menjadikan rumah
usangnya di Kampung Tanah Lot, Manir, di sini, sebagai tempat dia berteduh.
Endon yang mengalami masalah lembam
sudah mempunyai rumah sendiri yang dibina menerusi peruntukan Projek Perumahan
Rakyat termiskin (PPRT) kira-kira 10 tahun lalu tetapi mengambil keputusan
menghuni rumah peninggalan orang tuanya yang terletak bersebelahan.
Wanita yang tinggal bersendirian itu
akan menumpang rumah sepupunya, Aminah Muda, 71, untuk tidur tetapi pulang ke
rumah usang berkenaan pada waktu siang.
Menurut Aminah, walaupun mempunyai
rumah sendiri, Endon seolah-olah tidak dapat meninggalkan rumah pusaka
tempatnya membesar.
“Rumah pusaka itu diwarisi kakaknya
yang kini tinggal di Sungai Tong. Walaupun banyak pihak sebelum ini ingin
membantu membaik pulih rumah itu, ia tidak dapat dijalankan kerana memerlukan
kebenaran pemilik rumah.
Oleh Helmy Abd Rahman dan Ahmad
Rabiul Zulkifli
http://www.hmetro.com.my/
No comments:
Post a Comment