Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid
Salleh berkata, buat masa ini terdapat beberapa komponen Axia
terutamanya enjin diimport menggunakan dolar.
“Ketika ni kami hanya menerima kesan minimum kejatuhan ringgit bagi
import menggunakan dolar di antara satu hingga dua peratus sahaja dan
kos tersebut diserap oleh Perodua bagi mengekalkan harga sedia ada.
“Tetapi jika ringgit terus menyusut melebihi RM3.81 berbanding dolar,
kami (Perodua) tidak akan teragak-agak untuk menyemak semula harga
Axia,” katanya kepada pemberita sempena Majlis Rumah Terbuka Aidifitri
anjuran Perodua di Kuala Lumpur, sebentar tadi.
Menurut Aminar, 90 hingga 95 peratus komponen kenderaan Perodua
dikeluarkan secara tempatan dan bakinya diimport dari beberapa negera
menggunakan nilai Mata Wang berbeza.
“Bagi komponen Axia kami mengimportnya dari Indonesia dengan
menggunakan mata wang dolar, manakala komponen Myvi dan Alza pula
diimport dari Jepun menggunakan Yen yang kukuh dan stabil.
“Bagi kami yen tidak memberi kesan kepada nilai import Perodua, tetapi
import yang menggunakan dolar memberi kesan besar kerana kami tidak
menerima keuntungan bersih bagi kedua-duanya,” katanya.
Buat masa ini harga Perodua Axia bermula dari RM24,600 hingga RM42,530
di mana sejak tempahan Axia dibuka pada Ogos 2014, Perodua telah
menerima 134,000 tempahan dengan 83,700 daripadanya sudah di hantar
kepada pembeli sehingga 9 Julai lalu.
Pada majlis sama Aminar turut menyasarkan bagi meningkatkan
perkhidmatan selepas jualan kepada 35 peratus tahun hadapan berbanding
29 hingga 30 peratus ketika ini memandangkan segmen tersebut menyumbang
pertumbuhan dua digit dalam tempoh dua tahun berturut-turut kepada
pendapatan Perodua.
No comments:
Post a Comment