Terkejut juga Berita Semasa apabila
tidak semena-mena dalam kekalutan dan bahang skandal yang terus memuncak
ini melibatkan dakwaan yang cukup dahsyat daripada laporan Berita Wall
Street Journal WSJ, tiba-tiba Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Islamic Bank,
Badlisyah Abdul Ghani tampil berkongsi pendapatnya.
Berkongsi
pendapat tiada salahnya. Tetapi yang buat Berita Semasa tertanya-tanya
benarkah beliau seorang Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Islamic Bank?
Masakan seorang CEO CIMB Islamic Bank boleh buat kesilapan sebegini rupa
dalam memberikan kenyataannya untuk isu semasa sebesar ini di Facebook
miliknya?
Kelihatan seperti tidak tahu menggunakan
guna swift code apabila mempersoalkan swift code PNBUS3NANYC seperti
mana yang tercatat dalam laporan berita dan dokumen Wall Street Journal
WSJ.
Dakwaan Asal Badlisyah Abdul Ghani Terhadap Laporan Berita Wall Street Journal :
- dokumen mesej Swift yang dikongsikan oleh Wall Street Journal adalah palsu
- katanya alamat dan kod swift bank adalah bercanggah
Berita Semasa sendiri sudah semak di laman web seperti di bawah ini :
KLIK : http://www.bank-codes.com/
Kedua-dua
code pun boleh dipakai dan digunakan. Yang ada 8 karakter itu dipanggil
“8 letter SWIFT code”, sesetengah bank kena pakai “11 character SWIFT
code”.
Semakan Berita Semasa
menunjukkan sememangnya swift code PNBUS3NANYC ada, Wells Fargo bank,
Branch New york. Berita Semasa kongsikan bersama dengan anda seperti
gambar-gambar di bawah ini termasuk kenyatan permohonan maaf “big boss”
kepada anak buahnya, butiran sift code yang menjadi pertikaian, dan juga
kenyataan asal Badlisyah Abdul Ghani di Facebook sebelum ini.
Bagaimana seorang CEO boleh mengatakan swift code tersebut untuk bank lain?
Walaubagaimanapun, tahniah kepada Badlisyah Abdul Ghani kerana tampil
berani untuk mengakui kesilapan dalam analisis di Facebook miliknya.
sumber : http://www.beritasemasa.com.my/
No comments:
Post a Comment