Sunday 9 April 2017

6 Dicekup Cuba Jual 45 Jongkong Emas Palsu

PINJAMAN PERIBADI UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN dan BADAN BERKANUN. MELALUI KOPERASI dan BANK. POTONGAN MELALUI BIRO PERKHIDMATAN ANGKASA. BERMINAT HUBUNGI SMS/WHATSAPP +6018-9161 554 (abgdin)

SINGAPURA – Sebanyak 45 jongkong emas palsu dirampas dan enam lelaki ditangkap kerana cuba jual barangan itu, menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) dalam satu kenyataan media hari ini.

Suspek-suspek berusia antara 17 hingga 24 tahun itu, berjaya dicekup selepas beberapa operasi secara serentak dijalankan kelmarin dan semalam di sekitar Yishun, Joo Koon Road, Kampong Java Road dan Outram Road.

Secara keseluruhan, 45 jongkong emas palsu dijumpai semasa operasi itu. Tiga daripada suspek itu – berusia 17, 19 dan 24 tahun – didakwa di mahkamah hari ini atas tuduhan menipu di bawah Seksyen 420 dan 109 Kanun Jenayah.

Akhbar popular TODAY melaporkan siasatan terhadap suspek yang lain masih dijalankan. SPF menambah bahawa mereka menerima aduan mengenai percubaan untuk menjual jongkong emas palsu antara 13 Mac hingga 5 April.

Siasatan awal SPF mendedahkan bahawa suspek-suspek tersebut cuba menjual barangan palsu berkenaan kepada beberapa kedai pajak gadai dan orang awam di seluruh Singapura untuk mengelak daripada dikesan.

Agensi Mediacorp difahamkan, bahawa dua lelaki rakyat Singapura, yang ditangkap pada Rabu lalu berhubung kes sama iaitu cuba untuk memajak dua jongkong emas palsu di sebuah kedai pajak gadai berhampiran Pasar Tekka.

Pihak polis republik tersebut dalam kenyataan berkenaan turut mengingatkan orang ramai agar lebih berwaspada dan tidak terus beli jongkong emas daripada sumber-sumber tidak boleh dipercayai meskipun harganya menarik.

Tertuduh sekiranya disabitkan kesalahan oleh pihak mahkamah atas dakwaan penipuan tersebut boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun, dan boleh sejumlah denda. – Agensi/Mynewshbub.cc/HAA