BEIJING - CHINA. Sos pencicah McDonald keluaran khas menjadi tajuk utama
media di China selepas sos vintaj itu dijual di eBay bersama sos perisa lain
dengan nilai $14,700 (RM 64,863) minggu ini.
Pek sos teriyaki
"Mulan Szechuan" hanya dijual di beberapa negara barat pada
tahun 1998, ketika rangkaian makanan segera itu mempromosikan filem animasi
Disney Mulan.
Penjual berkata, dia telah menemui dua paket sos pencicah edisi terhad itu
semasa mencuci sebuah kereta lama.
Sos pencicah itu menerima 187 bidaan sebelum dijual dengan harga $14,700
(RM 64,863).
"Saya
berharap sesiapa yang mahu untuk makan sos yang berusia 20 tahun ini, sila
dapatkannya.
"Saya lebih
suka ia tidak dijual kepada pengumpul," tulis penjual itu dilaman eBay.
Masakan Sichuan
yang berasal dari barat daya China, Sichuan mempunyai ciri ciri, pedas, masam,
dan manis.
Sos pencicah
teriyaki Mulan Szechuan digambarkan berasa manis, masam dan pedas.
Sos itu menjadi
perhatian semula selepas disebut dalam animasi popular Amerika Ricky and Morty.
Dalam tayangan
perdana musim ketiga yang ditayangkan pada 1 April, watak utama Rick
memberitahu Morty "Saya mahukan McNugget dengan sos pencicah
Szechuan."
Susulan itu,
beribu-ribu peminat memulakan petisyen dalam talian menuntut McDonald
memperkenalkan kembali sos berkenaan.
Petisyen itu telah
ditandatangani oleh 35,000 tandatangan oleh Khamis. - South China Morning Post
sumber : sinarharian.com.my
No comments:
Post a Comment