Sunday 16 April 2017

Ringgit dijangka meningkat berbanding dolar AS

PINJAMAN PERIBADI UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN dan BADAN BERKANUN. MELALUI KOPERASI dan BANK. POTONGAN MELALUI BIRO PERKHIDMATAN ANGKASA. BERMINAT HUBUNGI SMS/WHATSAPP +6018-9161 554 (abgdin)

KUALA LUMPUR - Ringgit dijangka meningkat berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan, memandangkan sentimen terhadap mata wang negara maju itu akan dipengaruhi oleh ketegangan geopolitik, kata peniaga.

Langkah diumumkan Bank Negara Malaysia untuk memperkukuhkan pasaran kewangan, termasuk menyemak semula pengawalseliaan bagi membolehkan pelabur melindungi nilai dedahan mata wang mereka sepenuhnya serta membenarkan semua peserta domestik menjalankan jualan singkat bon negara, akan meningkatkan keyakinan peniaga terhadap mata wang tempatan.

"Pemulihan harga minyak mentah yang berterusan juga sebahagiannya akan menyokong ringgit," katanya.

Mengikut Jumaat ke Jumaat, ringgit diniagakan tinggi pada 4.4050/4100 berbanding dolar AS daripada 4.4335/4365 yang dicatat pada Jumaat minggu lepas.

Mata wang tempatan turut diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama lain.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1521/1572 daripada 3.1616/1649 Jumaat minggu depan, naik berbanding euro kepada 4.6786/6847 daripada 4.7159/7195 minggu lepas.

Ringgit turut kukuh berbanding pound kepada 5.5107/5187 daripada 5.5108/5155 bagaimanapun susut berbanding yen kepada 4.0450/0503 daripada 4.0075/0106 Jumaat minggu lepas. – Bernama

sumber : sinarharian.com.my

No comments: