KUALA LUMPUR 19 April – Pengusaha stesen minyak di
bawah Petronas Dagangan Bhd. (PDB) perlu mendapat kebenaran daripada
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)
sekiranya mahu menawarkan harga minyak lebih rendah.
Pengerusi PDB, Md. Arif Mahmood berkata, secara
dasarnya mereka mempunyai pilihan untuk berbuat demikian tetapi perlu
berbincang dengan syarikat sebelum memohon kebenaran daripada KPDNKK.
“Ya, mereka (pengusaha stesen minyak) dibenarkan
berbuat demikian tetapi kena berbincang dengan kita terlebih dahulu sebelum
mendapat kebenaran KPDNKK jika mahu menjual harga minyak lebih rendah.
“Bagi pihak kami, PDB sentiasa berbincang dengan
kerajaan berhubung mekanisme baharu harga minyak ini,” katanya selepas
Mesyuarat Agung Tahunan Ke-35 di sini hari ini.
Yang turut hadir, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai
Eksekutif PDB, Mohd. Ibrahimnuddin Mohd. Yunus dan Ketua Pegawai Kewangan PDB,
Norliwati Abdul Wahab.
Mulai 29 Mac lalu, kerajaan mengumumkan penetapan
harga petrol dan diesel secara mingguan pada setiap Rabu bermula pukul 12.01 tengah
malam bagi menggantikan mekanisme pengumuman secara bulanan seperti sebelum
ini.
Dengan pelaksanaan harga siling mingguan itu
sebarang perubahan harga Mean of Platts Singapore (MOPS) dan kadar tukaran
asing dapat diterjemahkan lebih tepat mengikut perkiraan pasaran global.
Dalam perkembangan lain, Md. Arif berkata, PDB
masih lagi mencari pembeli untuk melupuskan unitnya di Vietnam, Thang Long LPG
Co. Ltd. dan pada masa sama akan terus meningkatkan operasi di Filipina.
Sementara itu, Mohd. Ibrahimnuddin memberitahu, PDB
memperuntukkan perbelanjaan modal (capex) antara RM300 juta hingga RM500 juta
bagi tahun ini.
“Kebanyakannya diperuntukkan untuk perniagaan
runcit termasuk menyusun semula dan menaik taraf stor dan kemudahan sedia ada
dan juga meningkatkan aspek keselamatan di stesen minyak,” katanya.
Katanya, PDB juga akan mencari peluang untuk
menjalin kerjasama dengan lebih banyak pembekal komponen tulen (OEM) dalam
usaha memperluaskan perniagaan minyak pelincir sekali gus memberi pulangan yang
lebih baik kepada kumpulan.
sumber : utusan.com.my
1 comment:
jordan retro
alexander mcqueen outlet
off white nike
bape
GGDB
supreme new york
bapesta shoes
supreme
off white hoodie
yeezy
Post a Comment