Monday 17 April 2017

5 kereta mewah disita, akaun RM212,461 dibeku

PINJAMAN PERIBADI UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN dan BADAN BERKANUN. MELALUI KOPERASI dan BANK. POTONGAN MELALUI BIRO PERKHIDMATAN ANGKASA. BERMINAT HUBUNGI SMS/WHATSAPP +6018-9161 554 (abgdin)

PUTRAJAYA 14 April - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menyita lima buah kende­raan mewah milik Ke­tua Angkatan Muda PKR Ampang, Datuk Adam Rosly bagi membantu siasatan berhubung dakwaan pengubahan wang haram.

Menurut sumber, pada masa sama SPRM turut membekukan sebanyak lapan akaun bank bernilai RM212,461 iaitu masing-masing empat milik Adam dan isterinya.

“Kereta mewah jenis Toyota Vellfire, Mercedes-Benz C200, BMW 5 Series, Mini Cooper dan Audi A6 itu dirampas di rumahnya di Ampang. Semua kereta mewah ini akan disita sehingga selesai siasatan dibuat,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini.

Dalam pada itu menurut sumber tersebut, pihaknya juga sedang menyiasat jenis perniagaan yang dijalankan oleh suspek dan bagaimana beliau boleh mendapatkan gelaran ‘Datuk’ dalam umur yang masih muda serta tanpa sebarang sumbangan penting kepada negara.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan perkara itu, namun enggan mengulas lanjut.

Terdahulu, Ketua Angkatan Muda PKR Selangor itu ditahan reman selama lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan ber­kenaan.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab. Rahman selepas membenarkan permohonan SPRM bagi membolehkannya disiasat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Ha­ram 2001 (AMLA).

Adam, 28, yang tiba dengan memakai baju lokap SPRM berwarna oren dan tangan bergari kelihatan tenang dan tersenyum ketika menjejak masuk ke dalam bangunan Mahkamah Majistret di sini
Beliau yang tiba dengan diirin­gi dua pegawai SPRM disambut sekumpulan kecil penyokongnya yang telah berkumpul di perkarang­an mahkamah sejak pukul 9 pagi.

Turut kelihatan, ahli keluarga­nya termasuk isteri dan seorang anak perempuannya.
Semalam, Adam ditahan SPRM selepas selesai disoal siasat berhubung dakwaan tersebut.

sumber : utusan.com.my