PHUKET - THAILAND. Seorang kanak-kanak 9 tahun menerima ganjaran selepas menyerahkan kembali beg yang berisi wang tunai 130,000 baht (RM16,665) dan 90 gram emas yang dijumpainya.
Piyarat Boonkek dan ibu bapanya bertemu Nukhilia Sangkaew,55, pemilik beg berkenaan di balai polis Kamala untuk menyerahkan kembali beg berkenaan.
Nukhlia memberitahu pegawai polis, dia mengeluarkan wang dari bank pada jam 2.30 petang untuk membayar bil hospital.
Ketika perjalanan pulang, dia terperangkap dalam hujan lebat dan tidak menyedari beg yang dibawanya itu tercicir.
Wanita itu pengsan sebaik menyedari begnya hilang.
Sebaik sedar, dia mencari kembali beg berkenaan di jalan-jalan yang dilaluinya namun tidak menjumpainya sebelum dia menerima panggilan telefon dari ibu-bapa kanak-kanak itu berkaitan kehilangan begnya.
"Ketika hujan berhenti, saya menjumpai beg berkenaan di Kamala Beach dan memberikan kepada ibu bapa saya supaya mereka dapat memulangkan semula beg berkenaan kepada pemiliknya.
"Mereka berjalan untuk mecari pemilik beg berkenaan dan bertemu dengan seorang penjual yang merupakan saudara kepada pemilik sebelum menelefon Nukhlia," kata Piyarat memberitahu Phuket Gazette.
Nukhlia berkata, dia menangis kegembiraan selepas diberitahu begnya telah dijumpai dan memberikan 2,000 baht (RM256) kepada kanak-kanak itu sebagai ganjaran atas kejujurannya.
sumber : sinarharian.com.my
No comments:
Post a Comment