Tuesday 18 April 2017

RM1.15 bilion untuk Terengganu

PINJAMAN PERIBADI UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN dan BADAN BERKANUN. MELALUI KOPERASI dan BANK. POTONGAN MELALUI BIRO PERKHIDMATAN ANGKASA. BERMINAT HUBUNGI SMS/WHATSAPP +6018-9161 554 (abgdin)

BESUT 16 April - Kerajaan Pusat memperuntukkan RM1.15 bilion untuk melaksanakan 34 projek di negeri ini terutama bagi menangani masalah banjir serta pemendapan muara, ha­kisan pantai dan sungai.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, peruntukan yang disalurkan melalui kementeriannya melibatkan 14 projek utama dengan kos RM1.12 bilion dan 10 projek kecil bagi pelaksanaan dari tahun 2016 hingga 2017.

Katanya, sebanyak 10 projek bakal dilaksanakan tahun ini dengan peruntukan RM750 juta melalui Jabatan Pengairan dan Saliran.

“Usaha untuk faedah rakyat ini dibuat bukan secara bermusim tetapi berterusan,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Pecah Tanah Projek Pemuliharaan Muara Sungai Besut di sini, hari ini yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau menyenaraikan projek-projek itu termasuk Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Kemaman (RM300 juta), pemuliharaan muara Sungai Setiu (RM150 juta), pemuliharaan Sungai Paka (RM150 juta), pemuliharaan Sungai Merchang (RM43 juta) dan Rancangan Tebatan Banjir Kemasik (RM60 juta).

Ia juga melibatkan projek naik taraf Tebatan Banjir Kemasik (RM60 juta), naik taraf ban Pantai Lagun Setiu (RM10 juta), pemuliharaan dan naik taraf Sungai Cepuh, Telemong (RM15 juta), tebatan banjir Guntung Luar, Setiu (RM5 juta), tebatan banjir Kuala Terengganu Utara (RM10 juta) dan tebatan banjir Gong Kiat, Kuala Terengganu (RM7 juta).

Menyentuh mengenai pemuliharaan muara Sungai Besut pula yang menelan kos RM250 juta, beliau memberitahu, projek yang dimulakan sejak Disember lepas, dijangka siap dalam tempoh tiga tahun.

“Projek ini membabitkan pembinaan pemecah ombak merangkumi 1.85 kilometer ke selatan dan 1.3 kilometer ke sebelah utara, selain pengerukan muara serta pembinaan kolam keladakan dan lapis lindung.

“Ia bertindak sebagai zon penampan kepada bot nelayan dan pelancong daripada ombak besar serta angin kencang,” katanya.

Selain itu, jelas beliau, lapan hektar tanah di kedua-dua belah muara yang ditambak berpotensi dijadikan sebagai bandar di pesisiran sungai, sekali gus memberi nilai tambah kepada perkembangan Kuala Besut serta kepada transformasi Terengganu.

sumber : utusan.com.my

No comments: