Wednesday 12 April 2017

Isu Harga Minyak : Kerajaan Perlu Ikut SOP Yang Telah Ditetapkan

PINJAMAN PERIBADI UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN dan BADAN BERKANUN. MELALUI KOPERASI dan BANK. POTONGAN MELALUI BIRO PERKHIDMATAN ANGKASA. BERMINAT HUBUNGI SMS/WHATSAPP +6018-9161 554 (abgdin)

SHAH ALAM – Terdapat dakwaan mengatakan harga minyak akan naik minggu ini berikutan kenaikan harga minyak mentah dunia menyebabkan rakyat mula gusar.

Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Malaysia Sarawak (UMS), Prof Dr Shazali Abu Mansor berkata, pihak kerajaan kini harus mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

“Sekarang ini, kerajaan kena ikut pasaran harga minyak untuk kurangkan subsidi, dah SOP macam itu, kenalah ikut.

“Memanglah dengan keadaan sekarang, rakyat akan seronok jika harga minyak turun tetapi ia kan jadi beban buat kerajaan untuk beri subsidi, sebab itu kena buat begini,” katanya ketika dihubungi Sinar Online.

Terdahulu, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menyeru orang ramai agar bijak memantau harga minyak RON95 bagi membolehkan mereka mengatur pembelian dengan harga lebih murah.

Menurutnya, minggu ini, harga RON95 dijangka akan naik di antara 10 sen hingga 20 sen seliter bergantung kepada reaksi pasaran dunia berikutan ketegangan geopolitik yang berlaku di Timur Tengah ekoran serangan roket Amerika Syarikat ke atas lapangan tentera udara Syria.

Tambah Shazali lagi, minyak ini merupakan satu perkara yang sensitif dan pengumuman harga setiap minggu ini masih lagi dalam penyesuaian “Sebenarnya, perkara ini turut bergantung kepada peristiwa-peristiwa yang terjadi di dunia, contohnya apabila Amerika Syarikat menyerang Syria yang membawa kepada kenaikan harga minyak dunia.

“Selain itu, rakyat Malaysia masih lagi dalam proses menyesuaikan diri dengan pengumuman harga minyak setiap minggu, di peringkat permulaan ini memang akan kelihatan turun naik, tetapi lama-kelamaan harga akan kembali stabil,” katanya. – sh

No comments: