Sunday, 23 March 2014

Kos cecah RM10j

Kuala Lumpur: Jika benar objek yang dikesan pihak berkuasa China dan Australia di Lautan Hindi adalah pesawat MH370, kos mencari bangkai pesawat dan kotak hitam diyakini boleh mencecah sekurang-kurangnya RM10 juta.

Ini berikutan tiga alat yang boleh digunakan untuk mencari kotak hitam iaitu ‘autonomous underwater vehicle’ (AUV), ‘remotely operated vehicles’ (ROV) dan alat teknologi sonar yang dinamakan pemerum gema berbilang alur (PGBA) boleh mencecah nilai berkenaan.

Malaysia tidak memiliki PGBA manakala AUV dan ROV lazimnya digunakan untuk operasi cari gali minyak.

Selain itu, faktor tempoh operasi yang mungkin berlanjutan boleh menambah kos pencarian kotak hitam.

Pakar Ukur Hidrografi dan Pemetaan Dasar Laut, Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Mohd Razali Mahmud (gambar) berkata teknologi terkini diperlukan dalam proses pencarian ini yang kosnya pasti membabitkan berjuta-juta ringgit.

sumber dipetik dari:-http://www.hmetro.com.my/articles/KoscecahRM10j/MA/Article?BeritaUtama

Takaful salur RM500,000 bantu golongan miskin


BACHOK - Takaful Ikhlas Sdn Bhd telah mengeluarkan peruntukan hampir RM500,000 untuk membantu golongan miskin bermula Mei tahun lepas.

Naib Presiden Kanan dan Ketua Operasi Keluarga, Takaful berkenaan, Rozhan Yusof, berkata sebilangan besar daripada penerima bantuan itu adalah golongan petani, pekebun kecil, orang kurang upaya (OKU) dan nelayan.

"Daripada jumlah itu lebih RM110,000 dibelanjakan untuk membantu golongan miskin di Tok Bali, Pasir Puteh, Bachok dan di kawasan pedalamAan Ulu Kelantan," katanya kepada pemberita pada Program Kemanusiaan Bersama Komuniti Pantai Timur Peringkat Negeri Kelantan di sini hari ini.

Program itu anjuran bersama Islamic Aid Malaysia (IAM) dan Sudara Beach Resort yang diadakan selama dua hari berakhir hari ini.

Sementara itu, seorang penerima bantuan Che Ismail Kasim, 45, berkata, sumbangan pukat diterimanya membolehkan beliau mencari nafkah dengan menangkap ikan di Laut Cina Selatan bagi menyara lima orang anak termasuk dua masih bersekolah.

Beliau berkata, dengan adanya sumbangan itu beliau mampu turun ke laut empat hari seminggu dengan anggaran pendapatan antara RM50 hingga RM100 sehari dengan bantuan anak-anaknya. - Bernama

sumber dipetik dari:-http://www.sinarharian.com.my/

China beri harapan baharu

INILAH imej objek terapung di selatan Lautan Hindi yang dirakam menerusi satelit pemerhatian Bumi beresolusi tinggi iaitu Gaofen-1 dan dipercayai ada kaitan dengan pesawat MH370 yang hilang.

PERTH – Usaha antarabangsa bagi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu kini mendapat nafas baharu apabila China menyiarkan satu imej satelit menunjukkan sebuah objek besar terapung di selatan Lautan Hindi dipercayai ada kaitan dengan pesawat berkenaan.

Imej yang menunjukkan objek berukuran panjang 22.5 meter dan lebar 13 meter itu dirakam pada 18 Mac lalu. Ia disiarkan oleh Pentadbiran Negara Teknologi, Sains dan Industri China semalam.

Imej objek tersebut terletak kira-kira 120 kilometer dari objek yang dikesan sebuah lagi satelit pada 16 Mac lalu yang didedahkan Australia. Ia terletak kira-kira 2,500 kilometer ke barat daya Perth.

Imej baharu itu dirakam menerusi satelit pemerhatian Bumi beresolusi tinggi iaitu Gaofen-1.

Artikel dipetik dari: http://www.kosmo.com.my/kosmo/