BACHOK - Takaful Ikhlas Sdn Bhd telah mengeluarkan peruntukan hampir RM500,000 untuk membantu golongan miskin bermula Mei tahun lepas.
Naib Presiden Kanan dan Ketua Operasi Keluarga, Takaful berkenaan, Rozhan Yusof, berkata sebilangan besar daripada penerima bantuan itu adalah golongan petani, pekebun kecil, orang kurang upaya (OKU) dan nelayan.
"Daripada jumlah itu lebih RM110,000 dibelanjakan untuk membantu golongan miskin di Tok Bali, Pasir Puteh, Bachok dan di kawasan pedalamAan Ulu Kelantan," katanya kepada pemberita pada Program Kemanusiaan Bersama Komuniti Pantai Timur Peringkat Negeri Kelantan di sini hari ini.
Program itu anjuran bersama Islamic Aid Malaysia (IAM) dan Sudara Beach Resort yang diadakan selama dua hari berakhir hari ini.
Sementara itu, seorang penerima bantuan Che Ismail Kasim, 45, berkata, sumbangan pukat diterimanya membolehkan beliau mencari nafkah dengan menangkap ikan di Laut Cina Selatan bagi menyara lima orang anak termasuk dua masih bersekolah.
Beliau berkata, dengan adanya sumbangan itu beliau mampu turun ke laut empat hari seminggu dengan anggaran pendapatan antara RM50 hingga RM100 sehari dengan bantuan anak-anaknya. - Bernama
sumber dipetik dari:-http://www.sinarharian.com.my/
No comments:
Post a Comment