Hong Kong: Sekumpulan wanita di sini dilapor membayar lebih HK$10
juta (RM4.2 juta) untuk medapatkan peluang makan bersama pelakon drama
Korea Selatan Kim-Soo-Hyun.
Dalam perkembangan terbaru berikutan ketaksuban masyarakat China
terhadap drama bersiri Korea, tawar menawar mengenai harga itu dilapor
diadakan, lapor akhbar Want China Times.
Kim Soo-hyun terkenal
kerana berlakon dalam drama mengisahkan percintaan makhluk asing, ‘My
Love From Another Star.’ Menurut sumber, sekumpulan wanita Hong Kong
membayar seorang lelaki menjadi orang tengah untuk menjemput Kim ke satu
majlis makan malam tertutup.
Orang tengah itu mendakwa Kim meminta bayaran HK$10 juta. Wanita itu berbincang sesama mereka dan memutuskan untuk membayar HK$1 juta (RM420,000) setiap seorang.
Laporan mengenainya timbul selepas dakwaan kononnya peminat Kim
terpaksa membayar 25,000 yuan (RM13,100) untuk hadir di majlis
menyambutnya di Shanghai Ahad lalu.
Bagi kebanyakan orang, ini mungkin satu pembaziran. Tetapi bagi peminat di China, mereka sanggup bergaduh jika ada pihak
yang mempersoalkan kecerdikan mereka berbelanja besar jika ia berkait
dengan pelakon yang mereka minati.
- Agensi
- Agensi
sumber dipetik:-http://www.hmetro.com.my/articles/RM4_2jutauntukmakanbersamapelakonKorea/Article
No comments:
Post a Comment