Monday 24 March 2014

Bantuan RM28j untuk pekebun

ISMAIL SABRI (duduk, kiri) dan Shafik Fauzan (duduk, dua dari kanan) melihat anak pokok durian Musang King yang ditanam sempena majlis pelancaran Program Bantuan Tanam Semula Buah-Buahan Terpilih di Ulu Dong, Raub, Pahang semalam.

RAUB – Kerajaan menyediakan peruntukan berjumlah RM28 juta bagi program bantuan tanaman semula pokok buah-buahan terpilih untuk meningkatkan kualiti dan pengeluaran buah-buahan tempatan oleh para pekebun kecil bagi tujuan eksport.

Program itu melibatkan bantuan antara RM1,000 hingga RM6,000 sehektar kepada pekebun yang mempunyai keluasan tanah kurang daripada lima hektar untuk menanam semula pokok buah-buahan mereka.

Bantuan itu turut meliputi pemberian benih berkualiti, input dan peralatan pertanian, penyediaan infrastruktur asas serta kerja-kerja pembersihan kawasan.

Artikel dipetik dari: http://www.kosmo.com.my/kosmo/

No comments: