Friday 28 March 2014

Skim MyHome bermula 1 April

PUTRAJAYA – Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome) yang menawarkan insentif sehingga RM30,000 kepada pembeli rumah dan pemaju swasta akan mula dilaksanakan pada 1 April depan.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan (gambar) berkata, skim itu melibatkan peruntukan RM300 juta bagi membina 10,000 unit rumah mampu milik di seluruh negara.

“Bagi memastikan skim itu dilaksanakan dengan jayanya, kementerian akan melaksanakan penilaian ke atas pemaju perumahan yang akan menyertai skim berkenaan. Kita mahu pastikan hanya pemaju layak dan mempunyai rekod baik dipilih,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran skim itu di sini semalam.

Artikel dipetik dari: http://www.kosmo.com.my/kosmo/

No comments: