Wednesday 26 March 2014

6.48 juta terima BR1M

ahmad husni

KUALA LUMPUR - Sejumlah 6.48 juta orang telah menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tahun ini menerusi peruntukan sebanyak RM3.37 bilion, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 57 peratus atau 3.68 juta orang menerima BR1M melalui pindahan kredit ke akaun bank masing-masing.

Bagi 2.8 juta penerima atau 43 peratus daripada mereka yang tidak mengemukakan akaun bank termasuk transaksi pindahan kredit tidak berjaya pula, bayaran akan diterima secara berperingkat melalui majlis pengagihan BR1M dan perlu menunaikannya di kaunter bank terlibat iaitu Bank Simpanan Nasional, Public Bank Berhad, Maybank dan CIMB Bank.

"Bagi pemohon yang tidak berjaya, pemohon boleh membuat rayuan mulai 1 April 2014. Borang rayuan boleh didapati di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sumber dipetik dari: http://www.kosmo.com.my/kosmo/

No comments: