PERMODALAN Nasional Bhd (PNB) hari ini mengumumkan
dividen untuk tiga dana dalam Amanah Saham Gemilang (ASG) bagi tahun
kewangan berakhir 31 Mac, 2013.
Dana-dana berkenaan ialah ASG-Pendidikan, ASG-Persaraan dan ASG-Kesihatan.
Pengerusinya Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata pemegang unit ASG-Pendidikan akan menerima dividen 7.10 sen seunit, ASG-Kesihatan 7.20 sen dan ASG-Persaraan 7.05 sen.
"PNB, menerusi Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) memperuntukkan pembayaran RM12.14 juta untuk ASG-Pendidikan, kepada 36,700 pemegang unit yang melanggan 171.019 juta unit dan 21,062 pemegang unit ASG-Kesihatan akan menerima RM13.29 juta.
"Bagi ASG-Persaraan, ASNB memperuntukkan RM4.08 juta kepada 6,433 pemegang unit yang melanggan 57.901 jut unit dana itu," katanya kepada media bagi mengumumkan dividen untuk ketiga-tiga dana syarikat itu.
Ahmad Sarji berkata dividen untuk ASG-Kesihatan dan ASG-Pendidikan kekal seperti tahun lepas namun ASG-Persaraan merosot sedikit.
Beliau berkata pengiraan dividen bagi ketiga-tiga dana di bawah ASG adalah berasaskan baki unit sehingga 31 Mac, 2014, hari terakhir tahun kewangan ketiga-tiga dana itu.
Pembayaran dividen akan dilaburkan semula secara automatik dalam bentuk unit dan akan dikreditkan dalam akaun pemegang unit pada 1 April, tahun ini.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai minat Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary untuk menguasai sebahagian besar kepentingan Permodalan Nasional Bhd dalam SP Setia, Ketua Pegawai Eksekutifnya Tan Sri Hamad Piah Che Othman berkata beliau belum menerima cadangan itu dan enggan mengulas.
Bernama hari ini melaporkan jutawan dari Kedah itu sudah mencadangkan Presiden/Ketua Pegawai eksekutif SP Setia, Tan Sri Liew Kee kekal dalam SP Setia dan menjadi rakannya dalam usaha itu.
Menurut artikel itu, Syed Mohktar dilaporkan sudah menerima kelulusan pegawai kanan kerajaan untuk berunding dengan PNB, namun beliau dijangka menghadapi tentangan. - Bernama

sumber dipetik dari:-http://www.sinarharian.com.my/bisnes/
No comments:
Post a Comment