Wednesday, 17 June 2015

Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail TMJ VS Nazri Aziz : Peringatan Kepada menteri dan Kerajaan Malaysia!

Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail TMJ VS Nazri Aziz : Peringatan Kepada menteri dan Kerajaan Malaysia!

Terdapat perselisihan pendapat antara kerabat diraja Johor, Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail dengan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Nazri Aziz dek kerana beberapa isu semasa berbangkit termasuklah disebalik apa yang berlaku sebelum ini melibatkan ketidakhadiran Datuk Seri Najib Razak dalam satu program #NothingToHide sehingga Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail TMJ tampil memberikan komen dan respon balas mengenai situasi yang berlaku kepada negara hari ini atas dasar tanggungjawab membela rakyat marhaen di belakangnya selama ini.
Walaubagaimanapun, Datuk Seri Nazri Aziz lantas menjawab :
Raja-raja dan keluarga diraja berada di luar daripada undang-undang (justeru tidak sepatutnya campur tangan dalam politik). Kalau dia (Tunku Ismail) mahu menjadi ahli politik, jadi dia perlu beritahu.
“Jika kamu memegang jawatan penting sebagai keluarga diraja di negeri dan kamu mula mengulas (politik)… kalau kerajaan ‘belasah’ kamu balik, jangan marah..
Nah…daripada Tun Mahathir,Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail TMJ terus menekan kerajaan Malaysia supaya berada dalam landasan yang betul untuk mentadbir negara. Bersama-sama ini Berita Semasa ingin kongsikan kenyataan terbaru Tunku Ismail kepada Datuk Seri Nazri Aziz dan juga kepada kerajaan Malaysia umumnya seperti gambar-gambar di bawah ini :

Semak Kenyataan Terbaru Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail TMJ

Bangsa Johor? Ooops!
Bagi Berita Semasa, agak dalam mesej yang cuba disampaikan oleh tengku Mahkota Johor TMJ ini. Rasanye sudah banyak kali dia ulang maksud ‘akan tiba suatu masa’ dengan pelbagai bentuk ayat dalam masej-mesejnya sebelum ini.
  1. Kepada Datuk Seri Nazri Aziz, please don’t play victim, mungkin anda terlepas pandang.
  2. Apabila kerabat raja Johor contohnya berkata sesuatu yang dia tak suka, terus kata raja tidak patut berpolitik, kalau mahu berpolitik sila gugur kekerabatan etc. etc.
  3. Tetapi anda (Nazri Aziz) jangan lupa, Datuk Seri Najib Razak sendiri yang terlebih dulu guna nama raja dalam politik. Bukan ke baru berapa minggu lepas PM mencanang yang Sultan Pahang sokong beliau?
  4. Jadi, kalau sokong BN dikira suci dan bukan berpolitik tetapi jikalau menyuarakan sesuatu yang tidak disenangi oleh kerajaan Malaysia, maka jadi campur tangan politik yang tidak adil? Ermmm….
P/S : Nampaknya Datuk Seri Najib Razak perlu berusaha keras untuk mengutip kembali sokongan terutama rakyat Johor
PP/S : Kudus to Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail TMJ yang sungguh berani mengeluarkan kenyataan yang hebat ini. Demi rakyat dan Negara, Berita Semasa kagum! Kenyataan yang sungguh classy. Hakikatnya hari ini mereka yang berPHD, tokoh agama, ilmuwan pun tidak berani bersuara lantang seperti ini.
PPP/S : Tidak perlu tunggu sehingga kerabat diraja tegur sekalipun. Apabila ada teguran yang berasas kepada menteri dan kerajaan Malaysia, terimalah dengan hati yang terbuka. Mengapa perlu melatah?

sumber di petik dari : http://www.beritasemasa.com.my/tunku-ismail-tmj-vs-nazri-aziz

Peluang SAYA Kongsi "MISI MENCARI LEADER”.. Pendaftaran Leader dibuka..." Anda melakukan tugasan hanya 10% selebihnya di lakukan oleh system . Pendapatan RM 1,800 dalam masa 10 hari saja. Modal permulaan RM 95. pertanyaan sila TEL 013 9822 893 / 013 9116 568  atau boleh layari laman sesawang : http://klatebis.com atau klik banner di bawah :

Tuesday, 16 June 2015

Berita Kenaikan Gaji 2015 Naik, Elaun Rumah : Berita Gembira Pada 17 Jun 2015 Ini?

Berita Kenaikan Gaji Naik 2015, Elaun Rumah : Berita Gembira Pada 17 Jun 2015 Ini?
Pada 17 Jun 2015 akan berlangsung satu perhimpunan Penjawat Awam di Malaysia di mana lokasinya bertempat di Konvensyen Antarabanggsa Putrajaya PICC. Cuepacs berharap akan ada berita gembira yang bakal diumumkan oleh Datuk Seri Najib Razak bagi persiapan kakitangan awam menjelang bulan puasa Ramadhan sekaligus persiapan Hari Raya Aidilfitri kelak.


Berita Kenaikan Gaji 2015 Naik, Elaun Rumah

Cuepacs mengharapkan berita kenaikan gaji naik 2015 akan membolehkan penjawat awam akan menerima gaji minimum pada paras RM1200 dan ke tas selepas ini berbanding RM900 sebelum ini.
Selain berita kenaikan gaji 2015 penjawat awam, elaun rumah melibatkan penjawat awam di Semenanjung Malaysia, Sabah dan juga Sarawak turut diumumkan hasil perbincangan sebelum ini memandangkan sewa rumah pada hari ini semakin naik dan terus melonjak naik apatah lagi melihatkan elaun Rm180 yang diberikan tidak berpadanan dan tidak lagi sesuai.

Peluang SAYA Kongsi "MISI MENCARI LEADER”.. Pendaftaran Leader dibuka..." Anda melakukan tugasan hanya 10% selebihnya di lakukan oleh system . Pendapatan RM 1,800 dalam masa 10 hari saja. Modal permulaan RM 95. pertanyaan sila TEL 013 9822 893 / 013 9116 568  atau boleh layari laman sesawang : http://klatebis.com atau klik banner di bawah :-

Monday, 15 June 2015

6 Perkara Ini Buatkan Bisnes Anda Rugi!



1. Tidak Menyediakan Pelan Pemasaran
Statistik daripada kajian Harvard menunjukkan hanya 3% daripada perusahaan kecil berjaya maju menjadi syarikat besar. Elemen utama yang dikongsi oleh perusahaan-perusahaan kecil yang berjaya ini adalah masing-masing mempunyai pelan pemasaran yang tertulis dan diikuti secara aktif. Ini merupakan bukti yang cukup kukuh.
2. Tidak Menonjolkan Kelainan Dalam Perniagaan
Dalam dunia perusahaan kecil, anda tidak perlu cemerlang, anda hanya perlu ada kelainan. Perusahaan kecil yang menawarkan pengalaman yang lain daripada yang lain, menarik, tidak diduga dan luar biasa, adalah bakal menjadi perusahaan yang lebih berjaya. Perusahaan kecil yang memberi pengalaman yang biasa biasa sahaja akan mendapat hasil yang biasa biasa juga.
3. Tidak Mempunyai Program Rujukan (Referral)
Strategi pemasaran yang paling unggul dan #1 bagi perusahaan kecil adalah pemasaran melalui rujukan (referral marketing).
Perniagaan kecil yang berjaya tidak bergantung denagn pengkhabaran mulut ke mulut, tetapi melalui proses sistematik untuk menggalakkan pemberian rujukan (referrals).
4. Tidak Melakukan Pemasaran Kepada Pelanggan Anda

Asset paling berharga dalam apa jua perniagaan adalah senarai pelanggan. Perusahaan kecil yang berjaya sedar akan perkara ini. Mereka tidak akan membelanjakan wang untuk pemasaran kepada orang umum, tetapi akan menggunakan sumber kewangan mereka untuk melakukan pemasaran kepada pelanggan yang sedia ada.

Pemasaran kepada pelanggan tetap akan mendatangkan …

  • Pesanan yang lebih besar
  • Pembelian lebih kerap
  • Lebih banyak rujukan

5. Tiada Sasaran Kumpulan Pelanggan
Terdapat ungkapan yang menyatakan,”Jika semua orang adalah prospek anda, maka tiada orang yang akan menjadi pelanggan anda.”
Cara paling pantas untuk meningkatkan jualan ialah dengan memilih sasaran pemasaran dan menumpukan segala kekuatan pemasaran anda untuk menembusi kumpulan pembeli tersebut. Apabila anda berbuat demikian, kegiatan pemasaran anda akan membuahkan hasil yang lebih banyak dengan pelaburan yang sedikit.
6. Tidak Menyedari Tentang Perniagaan Yang Diceburi
Ini disebut sebagai “Emyth Syndrome.” Terlalu banyak pemilik perniagaan yang gagal mengenal pasti satu fakta mudah: PEMASARAN adalah pemacu perniagaan. Jadi janganlah leka dengan penjualan produk dan perkhidmatan sahaja; anda seharusnya menumpukan perhatian untuk menarik lebih ramai pelanggan.
Michael Gerber berkata,”Tumpukan perhatian TERHADAP perniagaan,


dan bukannya DALAM perniagaan.” Kesimpulan Inilah enam kesilapan besar pemasaran perusahaan kecil. Terdapat banyak kesilapan yang mungkin dibuat oleh pemilik perniagaan kecil, tetapi ini merupakan kesilapan-kesilapan yang paling BESAR.

Tumpukan perhatian dalam menyelesaikan semua masalah ini, dan perniagaan anda akan lebih maju dan sentiasa mendatangkan keuntungan.