Monday, 9 November 2015

Abang yang berhutang, adik jadi mangsa

HALAMAN rumah mangsa mempunyai kesan letupan dipercayai molotov cocktail yang dibaling oleh ah long di Taman Tasik Permai, Miri kelmarin.

SIBU – Gara-gara abang berhutang dengan ah long dan menghilangkan diri, rumah adiknya yang berusia 30-an di Taman Tasik Permai di sini menjadi sasaran apabila dua kali dibaling bom buatan sendiri jenis molotov cocktail pada Jumaat dan kelmarin. 

Dalam kejadian kedua pukul 4 pagi kelmarin, wanita yang juga ibu kepada dua anak itu terkejut daripada tidur selepas mendengar bunyi letupan kuat di luar rumah. 

Menurut sumber, akibat letupan molotov cocktail itu, separuh daripada halaman rumahnya terbakar, namun tindakan pantas wanita berkenaan memadamkan kebakaran menggunakan alat pemadam api berjaya mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku. 

“Kejadian pertama berlaku pada pukul 7 pagi Jumaat, namun hanya kasut yang diletakkan di luar rumah sahaja terbakar.

“Mangsa percaya kedua-dua kejadian berpunca daripada hutang abangnya berjumlah RM60,000 daripada sekumpulan ah long,” katanya ketika dihubungi di sini semalam. 

sumber : kosmo.com.my/

Sunday, 8 November 2015

Seluar Dalam Wanita Berdaki "Modus Pelaris Peniaga"

Rasa macam tidak percaya dan Tidak masuk akal,namun itulah yang terjadi yang di ceritakan seorang sahabat penulis tentang pelaris perniagaan bakso dimana seluar dalam wanita dimasak dengan kuah bakso tersebut. 

Menurut ceritanya kelmarin pada masa itu dia Disuruh oleh rekannya untuk membeli bakso di sekitar kawasan kampung halamannya. 

Setelah sampai di kedai bakso tersebut dia pun berdiri sambil menunggu bakso Yang di pesan,"saya berdiri tidak jauh dari tempat kuah bakso di panaskan katanya" 

Ketika si peniaga membuka tutup tempat memanaskan kuah bakso untuk menuangkannya kedalam beg pelastik yang kemudiannya di bungkus ,dia melihat kain berbentuk seluar dalam tersangkut pada sudu saat peniaga mahu menuangkan kuah bakso tersebut. 

Masa itu saya diam dan buat-buat tidak nampak,saya menjeling sedikit, peniaga itu melihat saya dengan Mata yang aneh,mungkin dia curiga saya lihat ke tidak,sambungnya 

Jijik dan rasa nak muntah namun saya mahu menjaga hati si peniaga,saya diam dan tidak menghebohkannya di situ ,kecuali kepada rekan saya,itupun selepas mereka memakan bakso tersebut dengan rakus,sementara bagian saya, saya letak di tepi dengan alasan belum lapar ketika mereka tanya.

Ada rasa lawak ada rasa jijik..setelah balik rumah kami pihak eberita mencari tentang kebenaran cerita yang dikongsikan rekan dari negeri jiran itu ,apa yang kami temukan memang agak mengejutkan sebenarnya. 

Sebuah forum menulis tentang modus pelaris menggunakan seluar dalam memang sudah ada sejak dulu lagi.
Biasanya modus pelaris seperti ini di lakukan oleh pedangang kaki lima yang menjual bakso,meggi sup dan juga sup-sup lainnya. 

Peniaga yang mengamalkan pelaris ini di sifatkan dengan syirik karena meminta bantuan jin dan mempercayai benda benda karut. 

katanya pelaris seluar dalam akan lebih menarik pelanggan apabila seluar dalam itu di miliki gadis perawan yang cantik dan menggoda,"semakin laris perniagaanya baksonya" tulisnya meyakinkan pengunjung lain. 

Dalam komen komen forum tersebut beberapa orang juga turut menceritakan pengalaman mereka tentang  pelaris seluar dalam yang menjadi bualan hangat kini.pasalnya dalam artikel yang di kongsi forum tersebut turut meletakkan soalan adakah pelaris seluar dalam wanita itu benar? 

Sebuah komen menarik dari pengunjung forum mengatakan.pernah dengar isu ini katanya kalau seluar dalam wanita itu banyak daki kuah baksonya akan lebih sedap.ujarnya.

Kadang terpikir juga mau di bawa kemana seluar dalam yang di curi oleh sesetengah orang? adakah cerita ini betul itu kami tidak pasti,teringatnya dulu pernah kecoh tentang cendol seluar dalam. 

sumber : eberita.org/

Ringgit Jatuh Lagi, Inflasi Naik, Import dan Eksport Naik. Sentimen Pengguna Hari Ini?

 

Pejam celik, pejam celik negara Malaysia sudah pun menginjak ke suku keempat 2015 yang tidak lama lagi akan melabuhkan tirainya. 

Sekejap rasanya masa berlalu, tetapi terasa lama apabial berhadapan dengan gelombang kos sara hidup hari ini lebih-lebih di tengah-tengah terasa “perit and terik panas”. 

Sehingga masing-masing terus tercari-cari dan terkejar-kejar tempat berteduh. Hakikatnya ekonomi Malaysia hari ini mencatatkan tempoh suram. Ya…benar pertumbuhan ekonomi Malaysia tahun 2015 ini berada di paras sekitar 5 peratus. Tetapi apa yang rakyat Malaysia dapat dengan angka tersebut?

Perkembangan Ekonomi Malaysia Hari ini?

Berita terkini yang Berita Semasa terima melibatkan perkembangan ekonomi Malaysia hari ini menunjukkan beberap data yang baru sahaja dikeluarkan. Antaranya ialah :
  1. Eksport Malaysia berjaya mencatatkan pertumbuhan yang memberangsangkan. Terima kasih kepada kelemahan dan kejatuhan nilai ringgit Malaysia hari ini. Walaubagaimanapun lonjakan eksport Malaysia meningkat hanya kerana dipacu oleh Industri Elektrik dan elelektronik, sedangkan hakikatnya industri petroleum, sawit dan gas terus jatuh. Semuanya dek kerana permintaan yang lemah
  2. Eksport naik, import pula bagaimana? Sukacita dimaklumkan Import Malaysia juga meningkat? Adakah kenaikan import Malaysia ini disebabkan faktor ringgit Malaysia jatuh? Berdasarkan semakan Berita Semasa terhadap kenyataan yang dikeluarkan sendiri oleh Encik Nurhisham Hussein yang merupakan Ketua Ekonomi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja KWSP, beliau ada mengatakan kenaikan import Malaysia naik adalah disebabkan permintaan dalam negara yang turut sama melonjak.
  3. Inflasi Malaysia naik semuanya gara-gara pelaksanaan GST. Dibandingkan data yang boleh anda rujuk pada gambar-gambar data yang dikongsiakn di bawah ini, ia sama sekali tidak sama dengan kenyataan menteri termasuklah menteri yang bernama ………..
  4. Nilai Ringgit Malaysia hanya dapat berehat seketika sambil mengambil nafasnya, sebelum meneruskan pecutan dan lonjakan seperti yang kita lihat nilai ringgit Malaysia terkini. Semuanya gara-gara dengan berita besar kemungkinan Federal Reserve akan mengumumkan kenaikan kadar faedah meraka naik pada Disember 2015. Mungkin…..
  5. Hakikatnya, merujuk kepada gambar data di bawah, nilai ringgit Malaysia hari ini dibandingkan dolar Amerika adalah paling buruk dalam kalangan negara Asia
  6. Kadar pengangguran di Malaysia yang terkini sehingga Julai 2015 adalah sekitar 3.2 peratus. Walaubagaimanapun, melihatkan data Julai 2014 dengan Jun 2015 kadar rakyat Malaysia yang terpaksa diberhentikan kerja telah melonjak kepada paras 36.2 peratus. Bagaimana pula sekarang? Hari ini?
  7. Dan berdasarkan kajian yang diterbitkan oleh Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), indeks sentimen pengguna seperti anda, anda di sini telah jatuh kepada paras 70.2. Semuanya gara-gara perbelanjaan boleh guna rakyat malaysia semakin melemah.
P/S : Penganalisis ekonomi menjangkakan tahun 2016, adalah tahun yang lebih mencabar bagi ekonomi Malaysia sekaligus impaknya akan terkesan kepada anda semua. Rancanglah kewangan anda bermula hari ini walaupun tiada yang pedulikan anda. 

sumber : beritasemasa.com.my/