Friday, 1 January 2016

Malaysia Disenarai Antara 6 Skandal Rasuah Paling Teruk pada 2015 oleh FP


31 Dis - Malaysia telah disenaraikan antara 6 skandal rasuah paling teruk oleh majalah Foreign Policy (FP), sebuah majalah kepunyaan Washington Post.

Di dalam laporan bertarikh 29 Disember itu, pengarang FP meletakkan Malaysia dibelakang Fifa dan Nigeria.

Laporan itu menyebut mengenai skandal 1MDB dan juga dana peribadi Najib Razak.

Antara petikan dari artikel yang bertajuk The Worst Corruption Scandals of 2015:

"Apabila Presiden Amerika Syarikat Barack Obama melawat Malaysia pada bulan November lalu, beliau tiba di tengah-tengah skandal rasuah yang janggal. Empat bulan sebelum ini, Wall Street Journal melaporkan bahawa kira-kira $ 700 juta dana negara telah berakhir di akaun bank peribadi Perdana Menteri Malaysia Najib Razak - bukan tempat sepatutnya ia (wang tersebut) berada.

Perkara ini mengikat Najib Razak kepada siasatan syarikat 1Malaysia Development Berhad, sebuah syarikat pembangunan milik kerajaan yang sepatutnya untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai hab kewangan yang berkembang maju. Najib bagaimanapun telah mengatakan laporan Journal sebagai tidak tepat, dengan sebaliknya berkata bahawa wang dalam akaunnya itu datang daripada sumbangan peribadi. " - FP

Empat skandal lain yang turut disenarai di dalam laporan tersebut adalah Honduras & Guatemala, Hakim-hakim Ghana, dan Perhimpunan Agung PBB.

sumber - ,Siakapkeli.my

Gempar!!! Kapal Usia 300 Tahun Dijumpai Penuh Berisi Emas


Kapal berusia lebih 300 tahun itu dipercayai penuh sarat berisi dengan harta karun berbentuk muatan emas, zamrud dan duit syiling perak.


BOGOTA – Kerajaan Colombia mengumumkan telah berjaya menemui sebuah kapal lama terkenal milik Sepanyol, San Jose yang karam di perairan Cartagena dekat sini pada abad ke-18 lalu. Beliau telah membuat pengumuman mengenai berita berkenaan menerusi akaun Twitter rasmi miliknya pada Jumaat dan menambah, sidang media rasmi hanya akan diadakan kemudian.


Namun pengumuman itu tidak menjelaskan mengenai isu perundangan antara kerajaan Colombia dengan agensi pencari harta karun Amerika Syarikat, Sea Search Armada (SSA) berhubung pemilikan bangkai tersebut.

Terdahulu, pihak SSA dan kerajaan Colombia telah menjalinkan kerjasama bagi mencari bangkai kapal mengikut piawaian kastam antarabangsa selain bersetuju untuk berkongsi harta yang diperoleh.


Kerajaan Amerika Latin itu bagaimanapun mengubah pendirian apabila mengumumkan sebarang harta karun yang ditemui adalah dianggap sebagai milik penuh pihak berkuasa Colombia.

San Jose karam pada 1708 di Laut Caribbean tidak jauh dengan bandar pelabuhan, Cartagena. Ia merupakan sebahagian daripada armada Raja Philip V yang digunakan dalam perangnya menentang Britain. – Sumber: Agensi


Harga Rumah 2016 : Tahun Mencabar Buat Pemain dan Pemaju Hartanah di Malaysia!


Jikalau tahun 2015 adalah tahun yang mencabar untuk hartanah di Malaysia, tahun 2016 pula adalah tahun yang amat berat bagi pemaju dan pemain hartanah sebelum ia akan meningkat semula selepas itu.

Ini antara tinjauan dan kajian yang dilakukan oleh perunding hartanah yang juga menguruskan kelab pelabur hartanah terbesar di Malaysia “SwhengTee International Real Estate Investors Club”, Dato Sri Gavin Tee.

Manakala Property Guru Malaysia menjangkakan yang mana pasaran hartanah di Malaysia akan terus menunjukkan trend menurun pada 6 bulan pertama tahun 2016. walaubagaimanapun, pasaran hartanah dijangka akan naik semula pada 6 bulan terakhir tahun 2016. Adakah fantasi atau realiti? sama-sama kita nantikan…

Seperti yang terjadi kepada harga minyak dunia, apabila harga minyak dunia didagangkan pada nilai yang sangat rendah berbanding tempoh-tempoh sebelum ini.
  • Berita baik kepada pengguna
  • Berita buruk kepada pemain industri minyak
Begitu juga dengan pasaran hartanah yang sedang merudum sekarang ini. Ini semua berbalik kepada permintaan dan pengeluaran.
  • Berita baik kepada pembeli rumah
  • Berita buruk kepada pemaju dan pemain hartanah

Hasil Kajian Pasaran Hartanah dan Harga Rumah 2016?

Anda boleh semak data yang Berita Semasa kongsikan seperti di bawah ini, di mana menunjukkan di sini ia dalam keadaan tidak menentu. Indeks harga rumah juga terus menurun dari suku ketiga tahun 2013 kepada paras terendah iaitu 5.4 peratus sahaja iaitu pada suku ketiga tahun 2015. Adakah indeks harga rumah 2016 terus akan menunjukkan trend menurun? Sama-sama kita nantikan…data terbaru kelak.

Dan jikalau anda semak gambar data di bawah ini juga menyaksikan cakap-cakap mengatakan apabila nilai ringgit Malaysia jatuh bakal menyaksikan kalangan pelabur dari luar termasuk dari Singapore melabur hartanah dan rumah di Johor contohnya, tidak menunjukkan banyak perubahan.

Ini dibuktikan antara 4 negeri. Johor mencatatkan pertumbuhan indeks rumah yang paling rendah, semuanya gara-gara isu “oversupply” dan juga ketidaktetntuan pasaran rumah dan hartanah, hasil kajian MIDF Research.

Berita Semasa boleh katakan tahun 2016, adalah tahun terbaik untuk anda yang tercari-cari rumah yang dirasakan mampu milik untuk anda, pada yang harga rumah 2016 yang lebih munasabah dan realistik. Apatah lagi tahun 2016 bakal menyaksikan lebih banyak unit yang bakal siap.

Jikalau berkesempatan, tinjau-tinjau senarai rumah lelong untuk tahun 2016 kelak.

sumber : beritasemasa.com.my/