Sunday, 20 March 2016

Suami Memasukkan Tangan Dalam Kemaluan Isteri Hingga Mati Kerana Enggan Berasmara!


UTTAR PRADESH – Seorang lelaki sanggup membunuh isteri yang dikahwininya selama 15 tahun semata-mata kerana wanita itu enggan melakukan seks, kemudian hanya duduk di sebelah mayat sambil meminum arak selama lebih enam jam sehingga polis tiba di tempat kejadian dan menangkapnya.

Rajiv Sharma bertindak sedemikian kerana berang keinginannya ditolak oleh isterinya, Meenu Sharma.

Pasangan itu mempunyai seorang anak lelaki berusia 10 tahun. Insiden itu dilaporkan kakak Meenu yang juga tinggal di kawasan sama di kampung Nariyawal, daerah Bareilly.

“Sebaik tiba di tempat kejadian kami menemui mayat wanita itu berlumuran darah, manakala suaminya duduk di sebelah. Bagaimanapun, tiada kecederaan luaran pada badan, hanya darah yang banyak,” kata pegawai polis Santosh Kumar.

Sebelum itu, pihak polis berhadapan masalah memujuk Rajiv membuka pintu pagar rumahnya.

Menurut polis, Rajiv mengaku bertanggungjawab melakukan jenayah itu dan memberitahu, dia memasukkan lengan kanannya ke dalam kemaluan isterinya sehingga menyebabkan kematian.

“Walaupun dia mengaku menyebabkan kematian isterinya, kami masih menunggu laporan bedah siasat bagi menentukan punca sebenar kematian,” kata pegawai penyiasat.

Menurut sumber, Rajiv dikatakan mengalami masalah paranoia dan mendakwa isterinya pergi berjumpa seseorang di bandar.

Selepas ditahan semalaman di Balai Polis Bithri, Rajiv dibawa ke mahkamah rendah kelmarin. Mahkamah mengarahkan dia direman 14 hari.

Sementara itu, penyewa yang tinggal di rumah yang sama dengan pasangan itu berkata: “Saya sedang tidur ketika kejadian berlaku. Mereka kerap bergaduh. Selain daripada itu saya tidak tahu apa-apa.” – Agensi/myMetro Online/Hye.my

Video Sepasang Suami Isteri Maut Tersepit Bawah Lori


Sepasang suami isteri maut tersepit di bawah lori terlibat dalam satu kemalangan antara motorsikal ,kereta dan sebuah lori yang berlaku di km 106.4 lebuh raya plus utara selatan menghala arah selatan sungai petani.

Dalam kejadian kira kira pukul 6.47 petang itu mangsa Hanizar bin Abd Hamid dan isterinya yang menaiki motor sikal tersepit di bawah lori di keluarkan oleh BBP Sungai petani bersama jentera EMRS.mana kala pemandu kereta parah dikejarkan kehospital oleh orang awam.

Hanizar bin Abd Hamid Atau yang lebih dikenali Tok Moh / Chik Pendek) seorang pelakon / pelawak seorang aktivis teater dan boria yang sangat terkenal di pulau pinang.mangsa juga meninggalkan empat anak yang masih bersekolah.


[Video] Seorang Lelaki Nampak Biawak Baham Bayi

Gambar hiasan

SEMPORNA - Seorang lelaki terkejut selepas mendapati 'objek' yang sedang dibaham dua ekor biawak di bawah sebuah rumah atas air di Lorong 3, Kampung Air, dekat sini, petang semalam, adalah mayat seorang bayi.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Peter Umbuas berkata, bayi yang identitinya belum dikenal pasti itu ditemukan oleh lelaki berkenaan ketika dia memandikan anaknya di dalam bilik air rumahnya, pada jam 3.34 petang.

"Penduduk (lelaki) berkenaan terkejut apabila mengamati objek yang menjadi rebutan dua ekor biawak itu adalah tangan manusia. Lelaki itu terus bertindak mendekati dan mengusir biawak berkenaan daripada memakan objek tersebut," kata Peter dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, lelaki itu yang pergi melihat bayi berkenaan dengan lebih dekat, mendapati objek itu adalah tubuh bayi yang tidak sempurna.

Lelaki itu kemudian meminta bantuan orang kampung untuk mengutip sisa tubuh yang ada dan segera menghubungi polis untuk tindakan lanjut.

"Tempat penemuan mayat bayi ini telah dilawati dan didapati kawasan itu adalah kawasan rumah atas air, yang dipenuhi sampah sarap. Mayat bayi ditemui ketika air laut sedang surut," katanya.

Mayat bayi berkenaan dibawa ke Hospital Semporna untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian. - Bernama/sinarharian.com.my/